Thursday, March 12, 2009

Koleksi Buku Resepi




Nak cerita pasal koleksi buku resepi aku plak.. sebenarnya takder lah banyak mana pun koleksi aku...bila jalan2 then terjumpa yang berkenaan dan dalam budget belilah jugak..korang perasan tak kebanyakkan buku2 resepi nih berkenaan kek, pastries dan yang manis2 belaka kankankan.... hehe bukan lah aku tak minat yang masak2 lain tuh..sebab yang lain tuh aku beli majalan RASA ngan SAJI .. kebanyakkan kek aku berdasarkan dari buku CAKES tuh, alhamdulillah so far semua kat aku ikut kat situ semua jadi, Then buku Chef Wan tuh ader lah jugak aku buat kek2 dier..yang buku pastry Alex Goh tuh plak memang menraik tapi satu resepi pun aku lum buat lagi.. (cam no kan)


so banyak lah jugak resepi tempatan yang aku simpan, nak buat jer tak rajin..sebab most of the time mak aku yang masak2 kat umah nih. Nak tunggu aku masak2 bila pi lepak umah Cik Nurel bolehlah tunjuk skil.Tuh belum kira lagi resepi2 yang aku download dari ALLRECIPES dan blog2 kenkawan kat MYRESIPI jugak..tuh semua aku gunting dan lekat buat cam scrapbook. Haha buku2 banyak2 nyer yang bebtul dah ditry and tested less then 10%..haha nak wat cam ner dah memang minat mengumpul lah katakan. AKu nih pun kenkadang suka menderhaka kepaeda resepi asal, menambah2 atau mengurangkan bahan tuh perkara biasa ler... ( bak kata mak aku, ko buat ikut tekak ko jer nih).




Buku Cakes and Desert tuh ( hard copy lagi), beli kat Kompleks Tun Jugah masa kita orang pergi bercuti ke Kuching Bulan July tahun lepas..siap ada tulis nota beli kat maner lagi kan..Superb brownies & Slice tuh pun menjadi rujukan bila nak buat bronies dan sewaktu dengan nyer..pun dari PeriPlus ( suka sebab penerangan dalam buku nih simple dan mudah difahami even for newbie) so hint hint sesaper nak bagi hadiah ker gifts ker.. paham2 jer lah hahahah...sekarang I am running out of space nak letak collection ku ini...

Saturday, March 7, 2009

Sambutan HariJadi February



Sempena bulan menyambut hari lahir kenkawan2 aku yang jatuh Bulan Februari nih, kita orang decide nak buat makan2. Initially nak celebrate kat rumah sesiapa ..then pikir2 kang menyusahkan pulak tuan rumah nak berkemas bagai..(i know that feeling). So kita org sepakat nak buat kat tempat nih Aunty Aini's kat Jalan Salak, Nilai (erks..N.Sembilan ker Selangor eks). Anyway this event was to celebrate birthday Dijah ( she cant make it all the way from Batu Pahat dah sarat bebona), Wahida..(muahs), Puan Nor Hasma. dan Mr. G. Gambar2 kat atas tuh adalah separuh dari peserta yang menyertai event ini kekekkeke....




Ada yang datang bawak family dan ada yang datang sendirian. However pun thank you people for making the effort to come all the way here.Ida siap dtg bawak PAi Tee (tapi kita org duk sebut TAi Pee..hani yang banyak makan nih.....) As a token of my appreciation aku pun buatkan (as in bakar sendiri tau bukan kedai made) lah kek seperti diatas letak stawberry lagi..seksi tak? tuh kek coklat and cheese..rupa kat dlm dier cenggini ha... rasa2 cukup mengancam tak kek ini?



Gambar-gambar dibawah pulak yerlah aksi2 semasa makan dan beramas mesra itu.. best gak tengok gelagat MIA Kamilia ( anak Nora ) dengan Azuryn ( anak Ida).Hidangan makan malam we all penuh panjang satu meja tuh sebenarnya , makan sakan lah kan..ada asam pedas kepala ikan, ayam goreng kampung, gulai lemak tempoyak, kankung belacan, telur dadar ( tak leh takder kot), ikan masin , telur asin..... the food here is simply good.






However, we do miss a couple of people who cant make it here..DIjah...... NUrelll..Baby.. Insyallah ada kelapangan kita gather-gather lagi....
p/s perasan tak ramai org pakai rona merah (i likeee)

Friday, March 6, 2009

Buah Salak ohh..Buah Salak




My sister in law went to bandung/jakarta recently for a visit recently and brought back some Buah salak or its scientific name is Salacca zalacca, it’s also known as snake fruit. Hahhaa ONLY AFTER EATING A WHOLE LOAD did i remeber to take a picture of this last delicious puny darling here..
Buah salak is widely available in the Indonesian island
Eating buah salak is an acquired taste.. you have to go thru the whole process to love this fruit. Just that once you start its hard to stop.. its has a very unique combination of sweet and sour taste ..or in malay..BERLEMAK.. Locally, its quite rare to find this fruit in the open market but once a while when it is availabe it wont hurt you to give it a try. However, from what I heard those grown locally is not as nice and sweet as those from the Indonesian island. here's a snippet of info about this buah salak that I have gathered from the web..
"Salak (Salacca zalacca) is a species of palm tree (family Arecaceae) native to Indonesia and Malaysia. It is a very short-stemmed palm, with leaves up to 6m long; each leaf has a 2m long petiole with spines up to 15cm long, and numerous leaflets.
The fruit grow in clusters at the base of the palm, and are also known as snake fruit due to the reddish-brown scaly skin. They are about the size and shape of a ripe fig, with a distinct tip. The pulp is edible. The fruit can be peeled by pinching the tip which should cause the skin to slough off so it can be pulled away. The fruit inside consists of three lobes, each containing a large inedible seed. The lobes resemble, and have the consistency of, large peeled garlic cloves. The taste is usually sweet and acidic, but its apple-like texture can vary from very dry and crumbly (salak pondoh from Yogyakarta) to moist and crunchy (salak Bali)."
adapted from Wikipedia

Thursday, March 5, 2009

Buah Tangan Kenduri Kahwin

masa kenduri kahwin anak buah hari tuh , ini lah antara buah tangan yang diberikan untuk tetamu yang hadir, kalau korang perasaan.. nowdays buah tangan dah banyak berubah kalau dulu kita kalau pergi rumah orang kenduri kahwin sure akan dapat bunga telur ( yang macam2 design), hobby mak plak akan simpan semua bunga telur nih..buat aper ntah ( ehhe last2 dier tak nampak aku bakar jer, jgn marah mak). Then bila dah ader katering , buah tangan pun bertukar lah jadi buahan dan gula2 atau manisan. Sekarang kuih muih pun ader jugak.. ader yang bagi cup cake, muffin ataupun bahulu kemboja (cam yang kita org dapat nih). pada aku apa-pun yang kita bagi pada tetamu adalah cenderahati , menandakan terimakasih atas kehadiran mereka, tak perlu nak bermewah dengan tandahati asalkan keikhlasan nya ada kan... hmmm.. korang kahwin dulu bagi buah tangan aper yer.. :)


dalam kotak yang simple nih ader kuih bahulu kemboja perisa pandan sedap gak.. ( dari rumah pengantin lelaki)

Nih plak dari rumah penganti perempuan, still bagi bunga telur tapi dalam bakul yang cenggini, comel kan (abaikan hp aku kat sebelah tuh yer, interframe)

kalau korang nak carik bekas2 untuk tandamata cam cam nih sila lah buat lawatan ke NIlai 3, kat belakang kilang aku keje nih jer..macam-macam ada you.. ( nih promosi percuma, tidak dibayar oleh mana2 pihak ... pun )

Tuesday, March 3, 2009

Wedding Anak Buah-Syed Saiful Nizam





Minggu lepas baru-baru nih telah berlangsung majlis nikah dan bersanding anak buah aku Syed saiful nizam (aka epol ) dengan pasangan nyer. saiful nih, anak bujang Acik aku yang no dua, yang no satu tuh dah selamat dan dapat anak perempuan bulan Dec tahun lepas, makna nyer Acik aku dah jadik nenek vogue (kata dier lah haha)Nikah nyer pada hari jumaat malam tapi aku malas nak pergi..haha sebab..sebab malas jer.. alasan aku..hari sabtu nak pergi lagi, dan ari ahad nak pergi lagi tgk org yang sama jugak hahah..mak aku tak cakap aper pun...blasah sajerlah labu.. so on saturday wedding belah perempuan dekat Dengkil..rumah perempaun bebetul depan kawasan training Nur Bukit Unggul tuh..(cuba tgk gambar) so parking pun takder problem arr.. sebab family ku yang sungguh ramai..kita org dtg ader lah 5-6 kereta (tuh adik-beradik aku jer)..belum kira adik beradik belah bapak dier... apa-apa pun..aku jadik baby sitter jer masa sanding dan makan..jaga cucu sedara ku yang baru 2 bulan.. tuh..theme dier masa nih erms rasa kaler gold lah kot..korang tgk lah sendiri eks..then ader wedding cake yang 2 tingkat tuh ( mesti guna fondant eks). Lepas makan2 jer aku cabut dulu ( hahahah) sebab nak gi ambik kete kat workshop..finally kan.. after a longggggggggggggggggggggggg..time there.



nih ngan anak buah aku Salwarina..gambar rabak sebab ambik tgh panas terik nih

nih acik aku, yang pakai spek itam (mak pengantin, ateh ngan izzah) konon nak lain sket ambik gambar dari bawah haha..

nih gaya model kecik, pakai payung besar..alahai anak buah ku


kerabat pegantin lelaki lagi dan lagi.. dan pengantin lelaki sampai naik PESONA Hitam


Ari ahad plak, bertandang ke rumah lelaki, tapi bukan wat kak umah pun tapi wat kat Dewan MBSA kat Seksyen 11 (dah sampai baru teringat yang aku pernah dtg sini untuk wedding Rimi Azizi dulu ar), kali ni tumpang Abang Jabar n family sebab aku rasa tak berapa sihat nak drive ke sana. sampai sana dalam jam 11 lebih, ader acara marhaban ngan potong jambul untuk sharifah fatin
(kita org panggil sherry ...). sampai2 jer aku terus makan dulu..lunch cum breakfast walaupun belum diajak makan, sebab konsep buffet kan so layan diri jer lah.. Tengahari tuh sungguh panas dan sebab aku yang dah tak sedap badan dan migraine pun tiba so aku dan tunggu pengantin sampai naik pelamin yang indah itu jer.. lepas tuh nasib baik abang aku ajak balik,... balik2 terus splitting headache ngan demam sakan.. So karang layan jer lah gambar kat bawah nih tanpa subtitle eks.hahah