Thursday, April 30, 2009

Pening..TV Aerial


Cuba ko tgk manual kat ats tuh..haha pening kan..aku lagi lah pening.. masa aku bukak kotak dan tengok segala peratalan plastik dan aluminium tuh aku lagi lah serabut..what the heck is this? How am i supposed to assembled all these..man, I am in deep trouble.. hah tu lah kalau termatlah nak save budget beli aerial pun yang DIY kat Giant jer.. hahah.. Kisah nyer sebeanrnya..aku punya ariel lama untuk TV yang berada di dalam bilik tuh dah tumbang ditiup angin yang kencang ( definitely bukan yang sepoi2 bahasa), so jatuh dan bersepai lah kat luar tingakp tuh. Ada yang tanay kenapa tak pasang ASTRO jer..erkss allo kat rumah tuh dah ada satu ASTRO kat depan, berape banyak aku nak pasang kat umah, lagipun tv tuh cuma peneman aku di kala keboringan tahap tinggi melanda. Indoor Antenna memang tak jalan kat kawasan kampung aku nih, buat jenuh jer mengadjust nyer..so no other way terpaksa lah beli outdoor aerial nih. Aerial aku yang lama tuh pun DIY jugak tapi yang tuh beli kat JUSCO (upmarket sikit kunun), lama gak berjasa selama 2 tahun sebelum mengalah kepada force of nature.





Setelah 2 malam membelek dan membelek ( ader sampai juling biji mata jugak), aku adjust sana sini (siap aku beli screwdriver kecik comel lagi), akhirnya malam tadik bercantum lah jugak outdoor aerial nih..aku test2 kat dalam rumah, boleh lah dapat gambar samr2 TV1,TV3 dan NTV7 ( takkan nak pergi panjat bumbung kat luar tuh nak pasang dah pukul 11malam). Apa-pun aku bangga sebab membuktikan yang aku pun pandai gak bab2 teknikal nih ( haha berjaya mentaksirkan gambarajah kat manual yang cam hampeh itu ) walaupun banyak jugak trial and error nyer..( berapa kali ntah bukak pasang , sib baik tak patah riuk aku kerjakan)..Dan hasil nyer sepertyi dibawah..nanti kalau aku dah letak kat bumbung tepi bilik aku tuh aku letak gamabar lain plak lah..sebelum tuh nanti balik nak kena carik kayu panjang.. ( cam boleh dapat siaran Singapore ek!).





P/S:kalau ader orang pasangkan, belum tentu aku dapat belajar kan..

Wednesday, April 29, 2009

Kelas Buttercream geng MYR













Ari ahad lepas nih kenkawan kat group Forum My Resepi ader buat kelas buttercream (kelas free lagi you ) kat rumah kak Umi E , Seksyen 4, bandar baru Bangi. Dtg tengahari tuh ramai lah pesertanyer, tapi yang ambik kelas sampi ke petang tinggal 5 orang pun. walauapa pun , the kelas is very interesting ( banyak aksi2 iklan masa dalam kelas tuh), especially bila kakyu buat lawak gitu. Tanganku nih harus dilebutkan sebab bila buat bunga ros semua jadik carnation jugak..terimakasih pada kawan2 yang sama2 berkonsi idea dan pada Puan Lily yang mengajar yer..jagan serik lagi untuk mengajar. Cadangan nyer lepas nih nak buat Kelas Fondant plak.. tunggu.. mari kita layan antara gambar masa kat kelas nih yer... Terima kasih jugak pada tuan rumah yang menaja tempat dan peralatan dan yang bawak kek dan cupcake untuk dihias.. anatara yang dtg Bee, Lily, kakyu, kak Intan, kak ham, rabiatun..

Tuesday, April 21, 2009

Jumpa Irfan Sayang

Bermula dari kisah teman, Puan Khadijah yang baru dapat baby boy, so aku dan beberape orang kawan bersependapat untuk membuat lawatan ke Batu Pahat, sambil tengok baby Irfan sambil makan angin. rancangan nyer ialah untuk berkunjung ke Batu pahat dan bermalam di Melaka , bandaraya bersejarah itu. Pada mula nyer peserta nyer adalah dalam 5 orang, atas sebab2 tak dapat dielakkan tinggal bertiga jer aku, Puan wahida dan hubby , En. Sazali dan si comel Azurryn itu.sampai kat Tol Parit Raja we all met up dengan Puan Norhasma dan family.So berkonvoilah kita orang ke Taman Pintas jaya 86400 Batu Pahat. Comel nyer empunya nama nih..nanti auntie Ana kidnap bawak balik Labu seminggu dua boleh ker ibunyer..heheh

Nih gamabr Azurryn Stephanie, anak ida yang sungguh comel dan aktif..tak terkejar woo..Keisan dier masa nih kena asyik makan ubat sampai lalok.
Nih antara rombongan cik Kiah yang pergi Parit Raja, Puan Khadijah yang berkain batik ( dalam pantang tuh), Ida dan Azurryn , Puan Nora dengan the gorgeous Mia..


Ibu Irfan tengah kontrol lawa hehe..sib baik ader Auntie Win tolong temankan ibu masa pantang nih kan..

aiks..dah pandai senyum bila buat candid kamera nih...kuchi kuchi kuchi.. Irfan

nampak tenang jer kan si kecik nih tidur..suka bau baby..
aku- setia menunggu sampai bila mungkin?

ARghh..Yogurt!

ari nih aku makan Nestle Fat Free Yogurt untuk breakfast (sebenarnyer selepas breakfast, sebab aku breakfast pukul 8 pagi, yang nih makan pukul 9.45 pagi pun). Jumaat lepas aku beli 2 bekas yogurt nih kat Giant Bandar Baru Nilai, satu yang biasa perisa mixed fruits dan satu lagi "rendah lemak" (tapi dua-dua pun ader dicampurkan gula-dah kira kurang healthy jugak kan!) Satu dah makan ari ahad lepas, satu lagi baru nak makan pagi tadi.. Kenpa aku makan yogurt? ermss cerita nyer..beberapa hari perut rasa sebu semacam, tak lawas jer.aku cerita kat cik abe, then dier kata "cubalah you makan yogurt, it will helps to clean your intestine dan colon". So, aku pikir takat makan yogurt yang RM1.50 tuh, I can live with that. Yogurt pun diperbuat dari susu dan "active live culture " jer kan..tapi dier ader rasa masam2 sikit tuh yang payah sikit tekak melayu aku nih nak layan, sebab tuh ler kena beli yang ader perisa. Selalu nyer aku guna yogurt sebagai bahan dalam kek2 jer ( untuk ganti susu atau buttermilk"). Antara infomasi yang aku dapat mengenai kebaikkan yogurt ialah (aku ambik dari sini ):-
1.Yogurt Help Prevent Osteoporosis: Studies show calcium rich yogurt can help slow bone loss, thereby preserving bone mass and reducing the risk of osteoporosis.
2.Yogurt May Reduce the Risk of Hypertension: Eating low fat yogurt contains calcium, potassium, and magnesium - three nutrients that have been shown to reduce hypertension.
3.Yogurt Help Prevent Colon Cancer: Yogurt contains lacto bacteria that foster a healthy colon, and lower the risk of colon cancer. Yogurt is a rich source of calcium that contributes to colon health.
4.Yogurt May Discourage Yeast Infections: Research suggests that when eaten regularly, yogurt-containing L. acidophilus may decrease vaginal infection in certain individuals.
5.Yogurt May Enhance Immune System: Studies suggest that live and active culture yogurt may enhance the immune systems of certain individuals by boosting certain markers associated with a healthy immune system.
6.Yogurt can lower cholesterol: Studies have shown that yogurt can reduce the blood cholesterol, may be because the live cultures in yogurt can assimilate the cholesterol or yogurt binds bile acids

Banyak rupanyer kebaikkan dari segi kesihatan dari yogurt nih kan, so aku rasa mulai dari hari nih aku nak cuba makan yogurt sekurang2nya 3 kali seminggu, beli jer yang Nestle 135g tuh dlm Rm1.50 jer(ader yang lagi murah jugak), lagi murah dari burger McDonald kan... Marilah kita bersama-sama makan yogurt untuk kesihatan
aku-sayangi lah diri anda sendiri dulu!

Friday, April 17, 2009

Gurindam Jiwa

Korang pernah dengar tak lagu nih, GURINDAM Jiwa - lagu malar segar yang dihasilkan komposer Wandy Yazid untuk filem berjudul sama 41 tahun lalu .Lagu yang asal dinyayikan oleh R Ismail dan Rafeah Buang , pada aku senikata lagu nih bebetul membuai perasaan rindu dendam dan kasih sayang .Cuba hayati liriknya,dibuat dalam bentuk pantun dan gurindam - menjadikan setiap barisnya bentuk indah dan enak didengar.

Bila dengar lagu nih mesti terbayang suasana yang aman damai, cam dalam gambar nihkan

masa aku belajar kat U dulu, aku ader sorang member baik yang suka sangat nyayi lagu nih, dier punya alunan suara tuh sungguh gemalai jugak.ala2 perempuan Melayu Terakhir..tapi dier nih memang berjiwa klasik lah jugak So setiap kali aku terdengar atau ternyanyi lagu nih aku teringat kat kawan ku itu Puan Haslinda hassan.kalau korang nak layan, cuba dengar kat website sini

GURINDAM JIWA

( L )Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

( P )Anak Cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
( korus )

( L )Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

( P )Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

( L & P )Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Wednesday, April 15, 2009

BLogger Ada Feature Baru?

Buka2 aku nyer blogger homepage tengok ader feature baru..boleh post blog guna email. So Aku pun terus bukak email opis dan mencuba feature baru ini. Lagu satu feature boleh create blog dari handphone, tapi sebab hp aku takder 3G so kenalah sabar.. insyaallah dalm tahun nih akakn ku upgrade kan ke 3G.. So aku send lah ke blog aku tapi hantar setting ke drat dulu sebab nak kena edit..memang leh jadik nih..cuba korang buat kalau tak caya!

marilah kita try test nih

aku-masih banyak ketinggalan hal2 berkenaan teknologi..

Monday, April 13, 2009

Green-Eyed Monster

Korang kenal tak karakter kat atas nih.. mesti kenal kan.. tapi aku sebenarnyer bukan dnak bercerita pasal raksasa nih, kita bercerita pasal the other "Green-eyed monster" atau perasaan dengki / jeles (jealousy). Dalam bahasa Inggeris ada peribahasa "Green-eyed monster" nih, yang bermaksud -feelings of envy or jealously.Di kalangan orang Melayu pun isu-dengki-mendengki nih memang popular..sampaikan kita wujudkan istilah baru untuk PHD - perasaan hasad dengki. kalau tengok cerita2 drama melayu pun selalu memaparkan isu berkaitan .Contohnya - dengki anak lagi pandai, menantu lagi kaya, perniagaan lagi maju dan berbagai lagi.

Pada pendapat aku , tak silap kita untuk merasa dengki atau jeles itu..tapi haruslah bertempat, tak lah sampai nak menjatuhkan orang tersebut. Sedikit perasaan dengki harus ada pada kita..terutamanya bila kita melihat orang mencapai kejayaan, supaya itu menjadi dorongan untuk kita lebih berusaha dan memajukan kan diri dalam menggapai kejayaan itu. Sebagai contoh jika , anak jiran kita boleh berjaya dalam peperiksaan, kita berusaha memastikan yang anak kita pun tidak ketinggalan. Jangan pula kita tengok anak jiran cemerlang, timbul perasaan dengki dan menjaja cerita2 yang kurang baik mengenai anak jiran itu. Banyak lagi contoh2 yang kita boleh lihat dalam kehidupan masayarat sekitar kita kala ini.

perasaan jeles juga cukup terkenal dalam alam percintaan mahupun alam perkahwinan. Baca saja dalam blog2 atau di dada akhbar, cerita mengenai pergaduhan berebut teman lelaki/teman wanita, walhal pada umur yang dikira baru jer akih baligh, di usia mereka sepatutnya mementingkan pelajaran dan arah tuju seperti kes dibeberape murid2 sekolah mengah baru2 ini. Dikalangan pasangan suami isteri , memang perlu ada sedikit perasaan dengki dan curiga, seperti quote dibawah:-

Jealousy in romance is like salt in food. A little can enhance the savor, but too much can spoil the pleasure and, under certain circumstances, can be life-threatening. ~Maya Angelou

Tapi jangan lah berlebihan, sehingga bini keluar bekerja ada temujanji dengan pelanggan pun, tuduh isteri/suami keluar dating pulak. Dalam hal ini, perlu jugak ader persaan saling mempercayai. Aku lebih percaya persaan dengki/curiga dan percaya adalah faktor yang perlu ada sebagai "check & balance" dalam sesuatu perhubungan..

aku-mengertikah diri ini?

Thursday, April 9, 2009

Masakan Peranakan Nyonya?

Masa pergi jalan2 ke melaka Bandaraya bersejarah nih, kita orang sempat membuat lawatan makan2 sambil belajar ke restoren Nyonya kat Melaka Raya nih, nama kedai tuh Bibik Neo. Kita layan Nyonya Food, nih info pasal restoren yang kita orang pergi tuh dari Cuti.Com website . Cuba tgk Azuryn ..sibuk order makanan unutk kita orang. Excellent choice dearie!

Bibik Neo Nyonya Restaurant, No. 6, Ground Floor, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya.
Opens : 11am-2.30pm / 6-9.30pm. Closes on Mondays.
One of the many nyonya restaurants in town, this place provides home cooked dishes such as Pongteh, Ayam buah Keluak Masak Assam, Geram Asam and Itik Tim. You can also try egg with cincalok, stamed ladies fingers with sambal belacan and otak-otak.


Nih pulak muka depan menu kat sini
Nih ler gambar rupa kedai tuh dari luar ( ambik dari menu dier jer sebab tuh nampak senget)
Ni ler tukang order kita orang untuk lunch, penuh konsentrasi tuh Yang air barli takder ais tuh aku punya, starter ader hidang keropok udang, sedap.
Nih Udang sweet and sour..nyonya style


Devil Chicken, nih Saz order, tak rasa pun..sedap lah kot..

Yang ujung tuh kangkung belacan, memang excellent..sayang dah kenyang sebab earlier dah lepak minum kat Kopitiam Melaka Parade
telur goreng cencaluk (according to the menu), tapi tak rasa cencaluk nyer...huhuhu .ke tekak aku jer..
Asam pedas Nyonya dangan bendi..rasa asam lebih dari yang biasa makan kat tempat sendiri, muar style lagi pedas sikit dan sedap di hirup.

Yang kat belakang tuh tauhu jepun with shrimp, Ida's fave ..

Tuesday, April 7, 2009

Dan Ombak Menghempas Pantai-V

morning at redang kalong resort, its 7.00 am in the morning...and there's stillness in the air

Pukul 6 petang di Redang Kalong, cuba tgk kat tepi pantai tuh ader 3 orang yang tengah sambung snorkelling lagi kat reef depan pantai nih... aku dah kepenatan..duk layan ambik gambar jer

aku dan pokok kelapa..forever...hahahah..kesian pokok kelapa tuh sib baik tak runtuh jadi tempat aku bersandar..
kenapa aku ambik gambar engine bot nih? sebab tgh boring tunggu dia org snorkelling konon2 carrik baby shark kat depan resortnih..sebab aku malas nak turun so duduk sorang2 atas boat nih. kalau aku pandai bawak bot..mesti aku dah pedejal dia org tinggal kan kat sini dan suruh berenang balik heheheh


Gambar tempat yang dia org duk carik shark dan penyu..kata nyer nampak lah bayang2 sahark..dua orang nih group yang ikut skali..kena paksa gak ngan aku suh terjun kejar sharak..sib baik tak turun air sejuk pepetang nih woo...

Ini adalah keperluan untuk pergi snorkelling ke pulau2 mask dan snorkel ( aku beli dah bertahun2 dulu masa mula2 berjinak2 dengan aktiviti snorkelling nih, beli asing mask dan snorkel kalau tak silap around 200 lebih jer). kaki itik ( fin) nih beli kat mid-valley scuba shop murah jer dalam RM50 ( alatan paling bagus sebab boleh snorkel jauh dari boat dan tak penat bila nak berpatah balik)..nanti kalau dah terrer sikit boleh beli yang canggih (kononnya). Life jacket tuh sewa jer kat resort..takkan nak bawak sendiri ... tuh safety precaution ..bila keadaan di luar kawalan..selalu nyer aku jarang guna life jacket..it sorts of hamper your movement masa snorkel tuh...but that depends on your preference , of course

View of the seaview chalets, where i stayed, the accomodation is highly satisfactory too.. no tv , no radiolah... but by the ned of the day of non stopped snorkelling you'll be off to bed at about 11. At nights you can really star gazing right on the beach . the best part, each of this room got hot water and the bathroom is clean.. paid RM348 for a 3days /2 nights package here inclusive of boats, melas, accomodation and meal (its the early bird package), for garden view rooms I think it goes for RM318. Too bad tak teringat nak ambik gambar dalam chalet tuh kan..tapi kat dalam cukup luas jugak..no complain there.

The last look of this heavenly place that I have stayed for 3 days...

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa..aku sedih sebab nih lah last trip snorkel kat Redang... and my last cuppa coffee before heading home..



Dan ini adalah entri yang terakhir untuk siri Redang ini..walaupan banyak lagi koleksi gambar2 ku akan ku simpan sebagai kenangan untuk diri sendiri.. pada pembaca hope you enjoy the pictures..but if you want to truely share in the experience do make a point to visit Pulau Redang..

Monday, April 6, 2009

Dan Ombak Menghempas Pantai-IV

Tentu korang dah bosan nak tengok2 gambar dan celoteh ku yang habis pasal ombak dan pantai nih kan..tapi takper..kalau korang tak nak baca..sekurang nyer menjadi satiu catatan dalam hidup ,, "yes, I have been there and done that"..so samada ada nak layan atau tidak terpulang lah eks...
bersantai kat dining hall..layan tgk laut sambil minum kopi..best gilerrrr... Good thing they have unlimited supplies of hot and cold beverages.. ader a few collections of backdated magazines..reading ditemani bunyi ombak..tgh pikir tuh bila lagi lah leh dtg sini..
Nih salah satu tempat kat Pulau paku, snorkelling site.. bot bawak kita org keliling pulau nih, cuba tgk structure of the batu batan kat sini impressivekan.. kalau tak silap pulau2 kat sini terbentuk dari kegiatan gunung berapi (kalau silap mintak maaf), it must have taken YEARS FOR THIS KIND OF FORMATION TO MATERIALIZE GAMAK NYER..SUBHANALLAH

kali nih gambar2 ikan dari permukaan air tak berape jeles..so tak dapat lah korang tengok ikam kaler2 kat sini..memang bermacam2 kaler you..how i wish sebelum dtg sini teringat nak beli waterproof cover untuk kamera so boleh ambik gambar underwater plak kan..takper there will be a next trip..most probably Pulau Tioman plak.. the best encounter around here is 3 really huge ikan kerapu (ikan kertang?)..rasa nyer ader lah besar meja makan yang untuk 4 orang tuh kot..tak berni nak tengk dekat hahaha...berani2 takut gak aku nih..




nih plak gambar Pulau baku (tak sure nih Pulau paku besar ker Keccil lupa lak nak tanya guide), kat sini jugak tempat for diving..nampak cam kecik..rupanyer ader lagi bersambung on the other site... kat sini jugak jumpa soft coral yang ada Nemo duk menyorok..best giler tgk tuh..

Acara berenang dari bot sampai kat pantai yang sungguh inviting itu..its just beckons you to jump into the water..best woo berendam masa tgh panas terik nih provided you lather yourself with lotsa sunblock..the water is suam2 kuku..

Pemandangan ini bukan kat Port Dickson tau, nih kat Marine Park kat Redang.. we are lucky because we are erly to arrived here..masa tuh tak ader orang lagi..so puas lah jugak aku snorkel kat area nih (snorkel sampai pengsan), sedar2 dah nak sampai tengah plak..jenuh nak beranang balik ke tepian sib baik masa nih bawak fin..area nih banyak fan coral kat tepi batu2 besar tuh.. then datangsatu group besar dari Laguna resort..mostly Singaporean kot... so noisy ma....salah sorang guide tuh tunjuk tempat yang ader moray eel..tapi just not my lucky day..moray eel tuh tak nak keluar plak.. guide kata next time kena bawak ikan nak umpan moray eel tuh keluar.. I love this area but without the hordes of crowds..
Baca Signboard baik2 yer...kat belakang signboard tuh ader kaunter untuk buat penbayaran RM5 ringgit conservation fee. masa mula2 sampai jumpa satu kawasan kat beach yang dipagar..rupa2 kat pantai sisni pun ader penyu datang bertelur..wahh best nyer kalau dapat tgk penyu...last jumpa penyu masa ke Pulau Perhentian tahun 2004
masa nih dah kepenatan setelah sehariann bersnorkelling , duk lepak2 depan bilik..kali nih aku suka sebab kulit tak jadi gelap sangat like before...apart from letak banyak2 sunblock, masa snorkel pakai lah t-shirt sekali hahah. kat varandah nih jugak tempat lepak sambil makan twisties..nak main card tak cukup kuarom lah plak...

tengah lepak..kat one of the cafe kat Pasir Panjang..(which is really a longggggggggggggggggggg stretch of beach)..kuew teow goreng kat sini sedap.. atau sememang nyer tgh lapar after the long trek here..

One of the evening, did a walk dari Kalong ke Pasir Panjang..memula lalu kat beach, then lalu kebun kelapa then lalu beach balik then baru sampai ke Laguna resort..ader lah dalam 20 minit berjalan, jenuh gak tuh..sajer nak tengok suasa kat the famed Long beach nih..kat sini lagi ramai orang dan banyak resorts dari kalong..sepanjang pantai...penuh dengan bangunan..siap ader beach Disco lagi...itulah salah satu sebab kenapa tak minat nak duk kat area sini..tapi kalau korang suka suasana yang gamat dan meriah perhaps this is the place for you... yang pasti nyer kat sini banyak lagi tempat makan..also good people watching beach :). Kat tanjung sini ader house reef ( sayang tak sempat nak snorkel kat sini ).


This is Redang reef..situated on a Tanjung facing the sea.. initially ingat nak booking kat sini. Nak pergi ke resort tuh kena ikut board walk yang nampak kat tepi tuh..cam adventure jer kan :). This is a good beach for swimming and snorkelling if you dont mind the crowd especialy in the evening