Wednesday, March 25, 2009

Kain oh Kain





Bila last korang membeli sepasang kain untuk dibuat baju..tak kiralah baju kurung ker, baju kebaya ker, blouse ker..erks...buat t-shirt tak boleh lah gamak nyer...kalau korang nih jenis yang memang rajin membeli kain dan kemudian menempah baju di butik-butik (nih kira mahal sket lah kot) atu di kedai2 jahit..silalh datang membeli-belah kain-kain ela yang pelbagai warna, corak, jenis di Nilai 3. Aku bukan lah tukang promosi..jauh lah sekali sebab aku jenis yang jarang nak tempah baju, sebab aku keje kilang jer..pergi keje pun pakai uniform yang disediakan ( senang gak hidup). kalau dikira-kira aku beli kain nih adrelah sekali-dua dlm setahun itu pun untuk hari raya atau ader keraian seperti kenduri kahwin keluarga, selain dari tuh..memang lah takder..kang membazir jer baju2 tu tersangkut dan menjadi sarang labah2 dalam almari pakaianku yang sekangkang kera itu.



Nilai 3 nih memang terkenal sebagai pusat memborong ..borong lah..apa2 yang boleh diborongkan..tapi ramai yang datang memborong kain-kain ela, langsir, cadar dan segala pakaian ..dan jugak kelengkapan perkahwinan, dan kedai perabut jati ( ermss aku pun tak tau murah ker perabut jati kat sini ersk). Dan adalah lah jugak kedai2 lain tuh jual carpet, pinggan mangkuk (I like selalu habis duit kat sini ), dan barang permainan budak (toyshop).kalau korang datang sini punyalah banyak kedai kain dan persiapan perkahwinan sampai jenuh nak mengira..aku rasa kalau korang nak try kira bley dapat migraine lah kot. Pesal aku cerita pasal Nilai 3 nih yer? sebab tempat nih kat belakang kilang nih jer..masa lunch bila aku telah boring tahap kambing biri-biri, aku pergilah ronda-ronda kat sini..ataupun bila lunch hour hari jumaat yang agak lama itu.

kalau ader cuti sekolah or cuti umum, sungguh lah ramai umat manusia kat sini adakala samapi bawak rombongan makcik kiah naik bas sewa cam tuh. kalau hari biasa..aku suka lepak2 kat sini sunyi dan aman jer..nak parking senang..dan mencuci mata tanpa gangguan. Kain ela kat sini memang murah2 ..macam2 jenis lah jugak..so hari tuh aku ngan zuraida sajer lah mencuci mata tengok2 kain kat kedai nih..berkenanalah sepasang yang corak abstract dari harga RM60 ingit sepasang (dlm 4 meterlah), tokey tuh boleh bagi RM48. Kawan aku nih aper lagi sambar lah..aku sabar jer lah belum ader keperluan lagi.Kat bawah nih lah kain corak abstrak yang aku suka tuh, cuba tgk yang kaler oren tuh yer.. kain2 yang ditawarkan cam viscose, satin, sutera,chiffon,,dan macam2 lagi yang aku dah lupa.. sampai juling lah mata aku tgk..

aduh penat nyer...nak cerita pasal kain nih yer..jadi lau berminat nak menjenguk atau memang ada niat nak membeli belah kat nilai 3 nih ada disertakan denagn peta (supaya korang tak sesat), sementara tuh korang layan jer lah gambar2 nih..

Tuesday, March 24, 2009

Selamat Hari Jadi, Sayang

Sayang? yerlah sesungguhnya aku pun sayang pada diri ku sendiri..because..if we don't love ourself , how can we ask others to love us..logik tak? Hari nih genaplah umurku meningkat ke ...... (isikan tempat kosong..hehehehe). Syukur dan alhamdullilah kerana masih mampu menghuni bumi Allah ini, masih mampu mencari rezeki dan masih mampu memiliki kasih sayang dari keluarga dan kawan-kawanku.Sometimes in our quest for abundance of wealth , we forget that we have far more important aspect to be taken care of , family and health. Cherish them. take care of them.

ramai yang bertanya aper yang ko nak untuk besday ko...haha silap soalan dah tuh.. aku cakap aku nak benda-benda nih :

rumah semi-d sebijik

Proton Persona, kaler maroon cam nih


dan Canon EOS 1000D Digital SLR Camera

Hahahhaha..cam hampeh tak permintaan ku ini...... so abaikan sajer lah it is all wishful thinking, it doesnt hurt to dream a little dream sometimes.


Sesungguh nya, aku berharap aku tahun ini dan tahun seterus nya:-

a happy & blissful family life;


a healthy and active lifestyle;Good friends to share the ups and downs..

Thats not a lot to ask... syukur alhamdullilah..

Sunday, March 22, 2009

Jalan2 MATTA Fair 2009

Hampir setiap tahun, aku akan datang ke MATTA Fair nih, bukan ambik package apa pun cuma suka jalan2 dan kumpul brochure yang banyak2 tuh... baru-baru nih pergi lagi kali nih..bertemankan Encik Azmiee.. konon nyer kali nih tak nak drive dari rumah, so perking lah kereta kat Stesen Komuter Labu dan ambik tren komuter dari Labu ke stesen Putra, tiketRM5.30.Just wasn't my lucky day.. tren komuter lambat dan bila sampai kat Labu pun dah penuh so kena berdiri.. bayangkan bila samai kat stesen nilai pun dah pack giler..kalah ikan tuna dalam tin tau..nasib baik aku pakai perfume setengah botol tadik. hahahah so ari nih aku ader sauna free...berpeluh sakan .. Kesian kawan ku tuh dah lah dier dtg awal. belikan tiket dan kena tunggu lagi..hehe tapikan disebabkan dier nih teman ketawa dan menangis dier sabar jer lah..


Kali nih, tak round pun semua dewan yang ader, keseluruhan ader 3 dewan termasuk international destination. Kali nih terus masuk dan pusing-pusing kat dewan yang mempromosikan destinasi dalam negeri dan ASEAN jer. Banyak jugak booth dalam almost from every state. Tapi kali nih rasa yer pengunjung tak lah ramai sangat, maybe ramai yang datang keesokkan hari nya, ahad lah kot. Kita orang pun memulakan operasi memungut brochure2 dan risalah2 yang free itu..

Aku tengok2 lah jugak package pergi Bali yang diheboh2 kan oleh teman2 sepejabat aku... erms boleh lah tahan.. ader yang buat promosi untuk land arrangement untuk 3 hari/2 malam for 300++. pikir2.. cam menarik tapi...aku nak pergi nak saperrrrrrrrrrrr..uwaaa ( bab sedih nih jum layan sesama ). KIVlah nampak nyer. Sebenarnya aku lebih berminat tgk package2 yang ditawarkan untuk melawat pulau2 kat malaysia nih.. tioman , redang, perhentian, lang tengah, tenggol, aur, rawa, langkawi..dan pulau2 yang ada kat Sabah tuh Mabul, Sipadan ( bilalah nak sampai sana). Pesal aku suka kat pulau2 nih.. erms.. aku suka kedamaian duk kat tepi pantai dengan lautan yang terbentang di depan mata, air yang jernih (jgn samakan dengan Port Dickson tau), bunyi ombak..dan yang best skali aku dapat layan tengok batu karang dan ikan2 yang pelabagai species,rupa dan warna itu bila buat snorkelling. Tenang & Damai. tak caya..cuba korang layan dulu baru tau..
Oh ya.. so lepas belek2 risalah2 itu aku dah buat decision yang ,dalam tahun nih jugak aku nak gi Kota Kinabalu plak..nak pi layan pulau -pulau kat Tunku Abdul Rahman Park...insyaaalah kalau ader rezeki sampai lah nanti..

Named after Malaysia's first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, the five islands of the "Tunku Abdul Rahman Park (TAR) and their surrounding seas have long been a haven of peace and tranquility. The islands protect the natural vegetation, animals and the underwater gardens of the coral reefs that provide visitors with endless hours of enjoyment. TAR encompasses five islands: Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik and Sulug.

The marine national park is only 20 minutes by boat from Kota Kinabalu, (refer to A2 on our KK city map), Sabah's Capital and Malaysia's youngest city. The TAR Park is a major landmark of the city of Kota Kinabalu and is famous for the its crystal clear waters and beautiful corals, just a stone throw away from our capital. The park is very popular for activities such as sun bathing, BBQ, diving, fishing, snorkelling, kayaking, windsurfing and recently parasailing which offers visitors a great bird's eye view of the city and the islands with Mt. Kinabalu as the back drop! " dipetik dari Sabah Travel Guide Webpage.


but the greatest place that I would like to visit is MALDIVES.. ( hehehe ader sesaper nak sponsor tak )..tapi nih kena tunggu MATTA 2011 kot haa.. dream dream ...


Kesimpulan nya, jalan2 ke MATTA 2009 nih membawa jugak hasil seba b aku dapat banyak contact travel agentt in-case ader buat percutian dalam negeri nanti. Dan dengan haraga 3 ringgit.. dapat lah beg MATTA Fair yang kaler oren seperti di atas.. all purpose beg nih..leh bawak gi shopping..

Akhirkan..moh leh kita CUTI-CUTI MALAYSIA!NEGARA KITA, KEBANGGAAN KITA..

Thursday, March 19, 2009

Its A Boy!



Congratulations dan Tahniah pada Puan Khadijah Bt Ariffin dan Abg Ayie , menimang cahayamata lelaki pada hari Isnin 16 March 2009 lalu, nama nya Muhammad Irfan. Dah jadik mak orang dah kawan aku nih..alhamdullilah..lama gak lah aku berkawan ngan Ijah nih..ehhe boleh kata..segala cerita cinta lama di kongsi bersama gitu.. so club mummy dan daddy vogue kenkawan aku pun dah bertambah ramai..cik nora, Puan wahida, Puan Ijah... uwaaa terasa sedih seyyy..
Moga dengan kehadiran cahaya mata ini akan membawa kebahagian yang berterusan dalam rumahtangga yer.. So lepas nih ..Puan Ijah terpaksa bertungkus lumus untuk menmgumbangkan suami, anak dan pelajaran ..lupa eks nak bagi tau..puan nih tgh buat PHD kat Kolej Universiti Tun Hussein Onn, nun jauh di Batu Pahat, ..ada yang jadik superwoman lepas nih. Insyallah kalau atkder aral bulan April nanti sampai lah aku ke batu Pahat lagi..nak jenguk this new addition of anak buah..


Ni lah gambar mummy dan daddy baru tuh, gambar masa majlis kahwin ..rasanyer 2 tahun lepas..

Tuesday, March 17, 2009

5-Years Service Award

lawa tak jam nih....cantik menarik ko memang de bomb kan..kalau ikut taste aku memang tak suka lah sangat dengan design yang ader diamond2 gitu..bak kata orang "very the ladylike"plak. Akan tetapi..jeng jeng jeng...jam tangan nih aku dapat sempena 5 tahun aku berkerja kat sini...yer lah aku mula bertugas pada 4 February 2004. Pejam celik pejam celik mata dah 5 tahun, kalau kahwin..mungkin dah beranak pinak kot..sebab kucing aku pun dah berkembang sampai cucu cicit dah nih...
nih lah gambar tangan ku yang glamer pakai jam Casio ini, sesuai sangat kan.... :) (puji diri sendiri). Jam nih dipakai waktu2 ader event jer..sayang you..lagi satu sebab cam nih ori..dier berat lah sikit..lain lah jam2 harian ku yang dipakai hari2 beli pun paling mahal seratus lebih..tuh lum kira yang Petaling Street mali... Jam Casio nih share bekas ngan jam tangan DKNY (made in Hadyai)..eheheh..jam yang lain2..aku rasa ader simpam dalam kotak2 tuh...
Aku goggled info untuk jamtangan nih seperti berikut:-
Product DescriptionCasio Sheen: Graceful Sheen Retrograde day of the week dial Series (Oct 2008 Model) Casio Watch . Model Number: SHN-3008D-7 SHN3008D-7A SHN3008D7A SHN3008D7A SHN3008D7. 37.3 X 32.9 X 9.0 mm / 86 g. SHN-3008D ...... Size of case / total weight. Analog: 3 hands (Hour, minute, second), 3 dials (date, day, 24-hour). Regular timekeeping. 3 years on SR920SW. battery life. Approx. Specification -? Accuracy: ?20 seconds per month. Battery Life: 3 YRS. Battery Type: SR920SW. Accuracy per month: ?20 sec. Basic Info : Case: Stainless Steel. # SHN-3008D-7A (Women's Watch) #.
Price:£102.99
(kalau convert ringgit malaysia = RM530.62)
Apa-pun alhamdullilah atas rezeki ini...

Pelangi Pagi


Pagi tadi masa nak pergi keje, hujan rintik2 di tengah jalan dan mentari pagi sedang menyinar.. bila tengok cermin depan kereta ternampak lah pelangi yang sangat indah dan besar... besar lah kot sebab nampak satu garisan sajer.. ingatkan nak berhenti kereta nak tengok satu lengkungan pelangi tuh..apakan daya ari hujan, dan aku juga dah terlambat nak masuk pejabat. Bila kita tengok pelangi kita secara terus akan merasa gembira walaupun untuk seketika itu. kenape yer? munkin sebab kita merasakan satu keajaiban dengan kemunculan pelangi di ruang angkasa..terpesona dengan kilauan tujuh warna-warna itu..

Cerita folklore Irish juga menceritakan tentang pelangi yang melambang sesuatu yang penuh misteri dan bertuah, seperti cerita "leprechauns" dan harta karun yang berada di hujung pelangi itu. Betul ker ada harta karun eks... sebab tuh lah pelangi tuh bercahaya kot :).Puak Norse dan Navajo pula percaya bahaya 7 warna pelangi melambangkan jambatan yang meyambungkan dunia dan syurga, "syurga di hujung pelangi", -

Dari sini boleh kita pastikan yang pelangi sememangnya dikaitkan dengan kebahagian , keajaiban..dari itu launkan masa untuk melihat pelangi di langit agar kebahagaian dan cahaya itu akan membahagia kan kita..

Dan bila bercerita mengenai pelangi ..mesti korang ingat Lagu pelangi Petang , nyanyian Sudirman nih kan..so jom lah nyanyi sama2 yer..

Sudirman-Pelangi Petang
Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung Bersamanya...
( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan Hati iniSeharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Monday, March 16, 2009

Makan-Makan di Old Town

Jumaat lepas pergi minum petang ker or an early dinner kat Old Town Kopitiam kat Bandar Baru Bangi, as usual dah jadi tempat melepak yang sungguh comfortable, untuk berborak2 tak sambil gelak2 ( or mengilai kenkadang tuh). Aapa2 pun its the company tht counts. This friend of mine particularly is very attched to CC100 ( iced white coffee). Sebab dah 2-3 kali pergi pun still order yang sama..sedap ker..erms..ntah kalau aku suka yang hot..jarang skali nak ambik yang sejuk.. aku suka plain kopi or teh susu. makan? nasik lemak spesial..ader ayam goreng, sambal, telur rebus, kacang goreng... kawan ku plak mesti nak nasik ngan rendang ayam. kalau Mr. G..ermss suka makan yang berkuah..mee kari or sup. Tu lah pening aku lately nih kuat makan lah.. dah lah waist line pun mengembang.. so kalau korang ader kelapangan jum lah lepak kat sana yer..Jumpa disana..sana..sana..sanaaaa................


iced white coffe with roti bakar, nih dib punya tau





cuba teka kita org makan aper?


its the company that counts!cheers!

Friday, March 13, 2009

Cry a Little Tears



This entry is dedicated to a friend of mine, who is having a bad day:

~ Heavy hearts, like heavy clouds in the sky, are best relieved by the letting of a little water. ~
Antoine Rivarol

~ When the heart grieves over what is has lost, the spirit rejoices over what it has left. ~
Sufi Epigram

Dear Friend, enough have been said and talked about...whatever the decision I hopes that it will make you feel better (hm..wiser too perhaps). A good or bad experience always go a long way in our lives, someday we might be able to laugh at the thought of it even. Rejoice in each day that we have and share it with friends and family. The best thing is to tough -up and face the challenges in the face.Hope you'll find your solace for the decision you are making today. Cheers!


Thursday, March 12, 2009

Family Vacation - Cherating

Bulan Disember , masa Krismas 2008, family aku wat trip ke Cherating. Ras nyer lama gak tak jouin family trip nih..asyik wat trip ngan kenkawan jer so kali nih memaksa lah jugak diri ikut trip ke Cherating nih... kaum keluarga yang pergi termasuk Abang Long (1 kereta), Jimie (1 kereta), Abg Jazam (1 kereta), Mak , ayah , Izan, bang Jai ( ! kereta)..then Ateh & family datang the next day... so total yang pergi..jap jap kira pakai calculator nih.. lupa lak..aku gi ngan Cik NorZita itu aka CIk Nurel...adalah dalam 30 org..(huhu dah cakap famili aku nih besauuu uuu....)..nih pun tak sampai half of the family members.

memula ingat nak bawak kereta sendiri tapi setelah diushar oleh emak aku terpaksalah naik skali ngan Abag Long ku n family termasuk lah anak buah aku nih Ain ( yang kenkadang terover acting... plak da )

nih gambar dalam kereta, ngan my niece Ain..(dier nak wat bibir ala2 angelina jolie lah kot)

Nih gambar kat tepi beach depan Legend Hotel Cherating, baru lepas ujan ..sejukkkk . Tengok lah aksi2 mengada kita org nih.

Around kul 2 petang semua org dah selamat sampai ke cherating, we all lunch kat rumah Kak Ina's father kat Cherating jugak..sedap nyer makan ikan, ayam , udang... (cam kebulur drive jauh dari Labu tuh). Then memasing check-in kat hotel. Haha nak dijadikan cerita semua duk hotel lain2 since being peak season ..tak leh nak dapat satu tempat. Aku ngan Nurel duk kat Best Western Suria Cherating. Boleh lah kat situ..cam hotel2 lain gak..tak dapat bilik yang mengadap laut pun.. but the view of the beach dari swimming pool tuh memang best untuk melepak lah...

lepak-lepak kat beach sebelum nak keluar ke KT

Cik Nurel lepak2 kat park sambil wat keje ( broadband MAXIS kat sini hampeh jugak)

ni lah gambar hotel yang kita org duk selama 2 malam itu.Yang bawah nihadalah alat untuk menguruskan badan yang ada kat pantai cherating..hahahhaahah


Hari jumaat esoknya we all decide nak gi jalan -jalan ke Pasar Payang kat Kuala Terangganu.. huhu amik ko ..nak gi Pasar Payang tuh dekat 1 jam setengah jugak.. biasalah sampai sana mak dan ipar2 ku sibuk membeli-belah bagai ( erms..kain2 jer yang banyak rasanya). Berjaya usha mak beli satu kukus yang baru..medium size..so dah ader 3 kukus kat rumah ( nak buat aper banayak2 size pun..aku tak tau hahah). Sampai balik ke Cherating dah nak maghrib sebab singgah di Losong ( carik keropok Lekor n jumpa kawan2 Bang Jai ) then pi makan nasi beriani kat sana..sedap... ( ahha aku kalau gi lagi skali mesti sesat ler nih). malam tuh decide nak makan kat gerai depan simpang ke Legend tuh jer.. so kenalah aku ngan Nurel keluar awal2 pi booking meja ngan order lauk..mak aihh panjang nyer kita orang sambung2 meja tuh.. air main order pakai jug jer senang ceritanya. Malam ingat nak ler jalan2 kat pantai cherating..haha last2 hampeh balik bilik ..zzzzzzz jer lah...

malam2 diaorg nih duk bergasak gusti dalam bilik dan main lompat2 atas katil(cam trampoline kot)
nih daughter adik aku, nama glamer Cik Piah ..ehheheh masa kat pasar payang, umur dier 4 tahun



Nih semua sepupu2 yang ramai boys dari girls (memang outnumbered)

Esok pagi2 dah bangun sebab nak pergi breakfast kat pasar Chukai kat Kemaman tepi sungai tuh..haha ..layan mee hon panas , then pergi cuci mata kat pasar sambil beli kuih-muih yang jarang2 jumpa kat tempat aku./ Then pergi membeli-belah souvenier..(ikan masin, udang ekring, ikan bilis dan keropok) nak bagi kat kenkawan dan Mr. G. Kul 12 tengahari kita org bergerak balik..tapi sempat singgah kat Kuantan makan sata ngan otak-otak lagi... Yang nyata nyer cuti2 malaysia aku kali nih puas hati sebab ari2 dapat makan sata dangan otak2 , I likeeeeeeeeee... plan2 nyer pulak ipar2 -ipar ku ajak pergi berjalan2 ke Bandung (nih mak aku memang suka), tapi naik2 flight pergi negeri orang nih memang aku lemah sikit..tgk lah nanti...

banyakkan kuih-kuih kat sini rasa semua aku nak rasa ngan nak beli....hampir separuh aku tak tahu nama kuih tuh aper..



hihi Nurul Izaah , anak ateh aku kena paksa posing sebelah gerai buah..rasa2 nyer aku beli jambu air yang mneggiurkan itu kat sini
gambar-gambar kat tebing sungai pasar Chukai tuh...tetib rasa nak memancing lak..haha