Friday, May 29, 2009

Tidurku Lena

Dah dapat katil baru ku bberapa hari yang lepas , jadi aku sibuk lah mengadjustkan bilik aku nak sesuaikan dnegan kehadian perabut baru nih. Maklum ler sebelum nih aku pakai katil single jer so banyak lah space kat bilik , bila dah ambik queen size sempit lah sikit. Barang2 ader yang kena dikeluarkan atau pun letak bawah katil tuh hehehe..
Kaler scheme nyer kununnyer ialah krim dan merah ler, jadi aku ari tuh memborong cadar dan sarung bantal kaler ala2 gitu ler, Comforter tuh plak beli kat Sleep Foucs (Kilang buat bedding) masa dier orang buat factory wholesales ari tuh. Murah gak tuh 60 ingit jer. Cadar tuh beli kat Jusco jer pakai voucher aku menang main boling plak.


Last nyer aku pasang lak kain jersey buat cam tirai kat tiang katil tuh, kaler krim oren jugak. Beli kat Nilai Square jer kain tuh, semter 3 ingit , beli 6 meter then gunting dua sebab bidang dier besar. Setakat nih aku rasa aku nyer idea dah ok, nanti lah aku jalan2 carik bedding cadar yang beropol2 yang tutup semua tuh, aper lah panggil nyer eks?Ruffled bedspread yang floral2 kan... esok Jusco Seremban ader members sale..ehhe so bley ler aku skodeng2
p/s:Yang nyata nyer tidur malam ku makin nyeyak dan lena......

Thursday, May 28, 2009

Durian Dah Gugur..yea

Ini buah durian yang bakal aku kopek untuk dimakan sebentar tadik, cantik dan menggodakan..haha sib baik mak aku yang tolong kopekkkan..kalau aku setengah jam lah baru lepas, kalau tak terbarai buah nih Ini pulak hasil nyer, nampak tak ulas2 duain yang sungguh menggoda ini, sib baik aku bukakn kaki durian takat makan 3-4 ulas dah ok sekadar menjamu selera, apa pun sendawanya sampai ke malam. Esok nak mintak mak buatkan serawa durian jugak ngan pulut kan. Ermmmmmm....

Nih plak pokok durian kat belakang dapr umah nih, nampak tak buah2 yang bergayutan di dahan dan di celahan daun tuh. Sebenarnya ader lagi beberape batang pokok kat belakang umah nih, alhamdullilah semua berbuah plak kali nih.Kalau ader banyak gugur mak aku mungkin akan duk berjual kat jalan depan rumah nih. Jadi kalau sesiapa yang lalu jalan Labu kat bt 9 nih mungkin lah akan ternampak..




Saturday, May 23, 2009

Katil 4 Tiang


Aku dah agak lama berangan gak nak guna 4 poster canopy bed ala2 cam kat atas tuh, cam nih , kalau ader rezeki lah. lama gak aku pikir2 pro dan cons nyer.Beberape kedai gak kat Nilai nih aku duk survey2. Ada yang kayu, nampak memang teguh (dan peramah lah kot haha), tapi harga mak aih sampai RM1500. Bilik aku tak lah besar maner kalau masuk set kayu cam tuh mau letak katil jer kang. Jalan2 jenguk2 aku terjumpa satu model nih combine kayu dan besi, queen size ok lah jugak rasa nyer..campur tilam skali dapat lah dalam RM700. Aku rasa nih ler yang paling sesuai untuk bilik tidur ku yang comel itu. tapi rasa nyer kalau jadi ambik set nih terpaksa lah aku berkorban beberape perabot dalam bilik tuh..kang takder lak temapt nak berjalan ngan solat penuh ngan barang-barang lak.lepas nih nak pikir nak deco cam ner plak. Minta-mintak tercapai lah hasrat aku dalam sebulan dua nih. kalau dah dapat nanti leh buat posing2 sikit atas katil hahahah..
walaupun bilik tidurku tak semegah dan secanggih seperti gambar ni, tapi asalkan selesa dan sedap aku dapat beradu di malam hari (dan melepak bermalasan2 di siang hari) sudah mencukupi. Pas tuh wat2 lampu yang romantika gitu kan.. so selagi belum tercapai, akan menjadi satu priority dalam list aku buat sebulan dua nih..


p/s:apa yang aku buat juga untuk kepuasan diri sendiri yer.

Friday, May 22, 2009

Apa itu BMI?

Ari nih aku belajar satu perkara pasal BMI atau Body Mass Index? Apo bondo eh nih? nak di senangkan BMI nih merujuk kepada kandungan lemak di badan yang menggunakan ketinggian dan berat badan anda. Cuba korang tengok table kat bawah nih.
Yang duk sibuk cerita nih ialah salah sorang boss aku masa lunch tempohari, sebab kita orang duk tanya dier kenapa lemak dier dah bertambah di bahagian perut. Boss aku nih lelaki lah so dier dah start ader "beer belly" and dier baru berusia awal 40-an,Kata nyer kalau ikut BMI dier still ok lagi so dier tunjjuk kan lah kat kita orang cam ner nak guna pengiraan BMI nih. Memandang kan la nih aku pun ader issue dengan lemak yang bertambah di perut dan pinggang so buatlah pengiraan nih. Dan kesimpulan nyer BMI aku berapa di paras Normal, iaitu 19.7. Menurut carta nya yang begini:



Weight Status

Below 18.5 Underweight

18.5—24.9 Normal

25.0—29.9 Overweight

30.0 and Above Obese



Kira ok lah aku tak lah cam nih:-




atau pun terlampun cam nih :-




Ala2 gini ler gamak nyer ( puji diri sendiri lah aku nih kan )



jadi kalau korang berminat nak mengukur tahap BMI tuh silalah ke laman web BMI kat sini.

Wednesday, May 20, 2009

Panas! Panas!

Sejak kebelakangan ini antara topik yang hangat diperbincangkan (selain dari jawatan MB Perak tuh) ialah cuaca panas dan berbahang di kawan pantai barat malaysia.Khabar nyer musim nih penyaman udara di kedai2 elektrik mendapat permintaan yang cukup tinggi, sampai tokey kedai tak cukup kakitangan nak pergi buat installation plak.Aku pun suatu masa tuh cam rasa nak pasang aircond gak ( huhu tak nak kalah), tapi kita gunakan jer aper yang ader pakai kipas jer (jimatkan letrik gak). Cuaca cam nih membuatkan ramai orang berasa lethargic (atau tak bermaya), malas nak melakukan aktiviti2 luar seperti berjogging atau bersenam di luar. So makin ramailah rakyat malaysia yang berada di shopping2 kompleks untuk menyejukkan badan dan mencusi mata. Bhanag panas bukan sajer di siang hari malah kenkadang membawa ke malam, sampai nak tidur pun tak selesa, pasang kipas tuh kalau boleh nak letak lebih dari kelajuan yang ke5 tuh. Masa2 cam nih korang ader tak terbayang best nyer kalau dapat:-


1) Mandi bawah shower sepanjang hari,letak pulak yang paling sejuk..best nyer...


2)Berendam dalam bathtub pas tuh letak wangi-wangian..leh lelap woo..Tapi kan umah den takdo bathtub pun..3)terjun tiruk dan berendam kat air terjun /jeram, gerenti sejuk dah kecut baru nak naik.. jummmmmmmmmmmmm (gambar air terjun kat sabah )


Bila malam2 yang sungguh membahang itu korang boleh ikut antara petua atau tips yang aku gogglekan untuk menolong korang mendapatkan tidur malam yang nyaman yer. tapi kalau tak jalan tuh, sendiri tanggung lah eks..


a)take your blanket off as this will cool you down or make you "Laurence". If you require some form of cover for protection, maybe you should consider getting a very thin sheet as opposed to a heavy blanket, quilt or doona.
b)Plug in your fan and turn it towards you. Purchase a commercial bag of ice cubes. Empty the entire bag into a wide, shallow container (to contain the water as the ice melts) such as a roasting pan. Place the container of ice right in front of the fan (between the fan and you), at the level of the top of the bed. The ice-cooled air will be noticeably cooler than the room air for the amount of time it takes for the ice to melt -- which is as long as it should take for you to fall asleep!
c)Try the window method. Open your window at night time to let cool air breeze through your house.
d)Try the towel method. Hang a wet towel from two chairs to hold the ice. The melting ice will wet and chill the towel and the fan will blow that cold air on you. Place a container under the towel to catch the melting ice water. You can use a thread to connect the bottom of the towel with the container to avoid the annoying dripping sound.

e)A cool shower will do wondersTake a cool shower, bath, or wipe your body down with a cool wash cloth. Without fully drying yourself, hop into bed, and let the air slowly dry you. This will keep you cool for a long time, allowing you to fall asleep. If a shower or bath is not an option, splash cool water on your head, and soak your hands and feet in cool water if possible. Your head, hands and feet are your "radiators" and you'll feel cooler faster by focusing on those areas.
f)Take a pair of cotton socks, rinse them in cold water, wring them until they are damp and put them on. Cooling your feet lowers the overall temperature of your skin and body.
g)Sleep in a 'spread eagle' position, so heat doesn't gather around you and think cool thoughts.
Try buckwheat pillows or futons. These don't retain body heat and feel cool all night long.
h)Get out of bed and splash cold water on your face (and body if you want). Then wait for a few minutes for the water to evaporate on its own. When you go back to bed you will find your bed seems much cooler and more comfortable because the body heat trapped in the mattress and/or pillow will have dissipated by the time you return to bed.
g)Dampen a hand towel and lie in bed with it on your forehead. Turn it over and dampen again when needed.

Tuesday, May 19, 2009

Mari Makan Ubi Kayu

Korang pernah makan ubi kayu tak? ubi kayu rebus cicah sambal dan ikan masin, atau cicah kelapa dan gula pekena lak ngan kopi o pehhhh lazat woo.. Nak tau dari semalam aku duk makan abu kayu rebus nih, mak yang pi gali kat belakang rumah jer . Kat umah buat sambal ikan bilis ngan cili api makan ngan ubi nih, then sarapan pagi tadi aku tapau lagi ngan serunding ayam plak, sebab sambal dah abis. ramai rupanyer yang berahikan ubi rebus nih. Baru2 nih kakak2 ku makan ubi rebus 2 potong ngan kepala parut kat seri malaysia, harga 4 ingit, kalau kat umah tuh rajin2 kan lah diri pi cabut sendiri ubi , rebus dan sendiri jugak lah makankan..

Sajer nak bagi korang jeles, nih sarapan aku tadi..ader lagi seketul tuh..hah tak leh makan lebih2 kan migraine aku.




Bila aku goggle dapat info yang menyatakan bahawa ada 500 juta penduduk di dunia yang menjadikan ubi kayu sebagai makanan ruji mereka juga, terutama di Asia dan benua Africa. Rupanyer ubi kayu nih adalah setaraf dengan ubi kentang, kelebihan nya pulak ia mengandungi dua kali lebih kandungan fiber dan potassium dari ubi kentang. Kalau korang ke Giant mesti pernah jumpa ubi kayu yang dibuat ala2 "french fries" kan.
Ubi kayu nih sungguh berguna dari segi kepelbagaian kegunaan nyer. kalau korang tengok masakan melayu banyak yang gunkan ubi kayu dan berkaitan ngan ubi kayu nih. kalau masak2 lauk kampung terutamanya buat lemak kuning pucuk ubi ngan ikan masin..adusssssss.... rebus dan makan ngan sambal gesek atau sambal belacan pun sodap kan. Yng suka makan tapai sesekali pekena lah tapi ubi kayu sejuk makan ngan ais krim. Nyaman. Banyak kuih-muih kita yang gunkan ubi kayu seperti ubi goreng, bingka ubi kayu, kek ubi kayu, cekodok ubi, adalh antara yang kita selalu jumpa. jadi kalau korang teringin / mengidam nak makan ubi kayu tuh rajinlah jenguk kat pasar tani tuh beli sekilo dua dan layannnnnnn..

Ni plak kalau korang rajin nak buat kek Ubi Kayu resepi AlongROZ kat MYresepi tuh. aku pun lum pernah buat lagi tapi nampak cam best kan dan senang. Tunggu lah bila ader kelapangan dan kerajinan nak gali ubi tuh dulu.


Kek Ubi Kayu
Bahan-bahan ( 9 inchi persegi )
1½ cawan (375g) Mentega
1½ cawan Gula Halus
5 biji Telur
1½ cawan Tepung
½ tin Susu manis
1 sudu makan Baking Powder
3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
1 sudu makan Vanilla

Cara-cara
Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak.


p/s aku nak jadi petani moden lah tanam ubi kayu dan keledek hehe

Thursday, May 14, 2009

Sambutan Hari Ibu, Buat Bondaku

Kebiasaan nya Hari Ibu, kita orang akan bawak mak keluar pergi dinner or high tea kat mana2 hotel, tahun nih buat seseatu yang lain. Kak Long, kakak ipar yang no 1 organize minum petang (high-tea) kat rumah kat Kg. Salak. Best sangat sebab sungguh santai dan informal. Hampir semua keluarga Hj Al;i dan hajah Zainab yang dtg kecuali Kak Ngah (2nd sister) sebab hantar anak masuk matriks kat penang, Aapa-pun dier hantar wakil anak perempuan dier ngan tunang nya. Ader acar bacaan doa dan potong kek oleh Atuk dan Nenek. Pas tuh makan-makanan yang best-best jugak ader laksa penang, ader satay , nasi impit, rendang ayam, rojak buah, kuih2, serawa durian...sedap nyum nyum.Semoga Mak dan Ayah panjang umur, sihat dan murah rezeki selalu.Kita berjumpa di bagan lalang untuk Acara hari Keluarga 16hb Mei plak yer..

sebahagian dari keluarga kami

nih kononnya gambar yang artistic ambik dari celah pokok buluh plak..
Nih sepatut nyer jadi gambar formal tapi semua org especially yang duk atas tikar tuh wat gaya bebas plak dah..



cakkkkk!!!! best bersantai kat taman cam nih




Wah, makanan..ader lagi yang tak masuk lam gambar


gelak2 sambil gossip jugak nih..

cam ner nak buai laju2 nih induk, ramai sangat duduk kat buaian nih!


ramai nyer tukang ambik gambar yang tak bertauliah nih..sib baik gambar semua jadik




Acara memotong kek dan doa selamat untuk semua.

Tuesday, May 12, 2009

Jogging Di Seremban2 City Park

Sekarang jika ada waktu senggang di hujung minggu aku suka (atau memaksa diri) untuk pergi berjogging. tempat kesukaan aku kat sini City park at Seremban2. Jauh nyer dari rumah ader lah dalam 15-20 minit memandu. Korang mesti kata pesal jauh sangat nak pergi jogging, sebab nya rumah aku kat kawasan kampung kalau aku jogging keliling kampung kang habis semua orang nak menyapa lah , ajak singgah lah.. elok2 nak berpeluh harus aku menambah lagi berat badan nih.. dah lah aku nih tak kenal sangat orang kampung ( adalah ala2 manusia tak kenal sedara gamaknyer). Aku suka berjogging pagi2 , walaupun aku terpaksa mengejutkan diri pukul 7 atau 7.30 supaya aku leh ader katt sana dlm kul 7.30 atau 8.00 pagi, kang kalau lambat dah matahari mencarak panasnyer. Aku jenis kera sumbang gak suka jogging dan beriadah sensorang ( tapi kat taman tasik nih ramai lah umat manusia nyer).
Sebab aku leh buat apa aku suka tak yah nak tungu orang atau orang ikut rentak aku..kalau rasa2 malas nak jogging buat jer lah brisk walking 4-5 rond. Tapi memula mesti ader warm-up dalam 15-20 minit, buatlah skipping dalam 100 kali baru start jogging. Then untuk "warm down" guna jer exercise equiptment yang ada kat taman nih.Kurang2 ada lah sejam or sejam setengah melepak kat sini, lepas berpeluh dan membakar lemak..tibalah acara untuk breakfast plak..my usual haunt kat Kopitiam Pak Tam belakang Columbia Hospital tuh.. So sesaper kat Seremban 2 yang duk beriadah pepagi minggu kat Tasik tuh intai2 lah kalau kita leh bersua plak ka..

Inilah CityPark S2, cuba tengok berapa banyak amaran kat situ...so jangan lah buat sesuka hati yer..


Gambar empunya diri setelah penat berjogging..

Kat taman tasik nih ada disediakan wakat untuk berehat2, mengambil angin, dating, dan sebagainya (tapi bukan dewan serbaguna tau)



Nih adalah antara dari 4 "exercise station" yang ada kat sini sebagai kemudahan awam. Bagus kan



Yang nih jogging track yangmengelilingi tasik tuh, very clean and well kept too, kalau rasa nak mengelat potong jer tengah2 tasik ikut jambatan kayu tuh

Kat tengah2 tasik tuh ader dua air pancut, rasanyer untuk circulation untuk tasik buatan nih, masa nih hanya pasang satu jer..tinggi woo...

Kat seberang jalan tuh , adalah bagunan mahkamah Seremban, yang bumbung dier bercirikan Minangkabau..(tanduk kerbau), sebelah tuh plak ader IPD Seremban, dan balai Bomba Seremban2




Pokok bunga raya cam nih banyak ditanam kat keliling tasik nih, tapi kaler merah jer..


Pokok aper aku pun tak tahu..pokok dier pun tinggi jugak dan bunga tuh berbau wangi bila kembang. Sesape yang tahu sila tinggal komen. Ker nih species bunga tanjung yer?