Wednesday, March 25, 2009

Kain oh Kain





Bila last korang membeli sepasang kain untuk dibuat baju..tak kiralah baju kurung ker, baju kebaya ker, blouse ker..erks...buat t-shirt tak boleh lah gamak nyer...kalau korang nih jenis yang memang rajin membeli kain dan kemudian menempah baju di butik-butik (nih kira mahal sket lah kot) atu di kedai2 jahit..silalh datang membeli-belah kain-kain ela yang pelbagai warna, corak, jenis di Nilai 3. Aku bukan lah tukang promosi..jauh lah sekali sebab aku jenis yang jarang nak tempah baju, sebab aku keje kilang jer..pergi keje pun pakai uniform yang disediakan ( senang gak hidup). kalau dikira-kira aku beli kain nih adrelah sekali-dua dlm setahun itu pun untuk hari raya atau ader keraian seperti kenduri kahwin keluarga, selain dari tuh..memang lah takder..kang membazir jer baju2 tu tersangkut dan menjadi sarang labah2 dalam almari pakaianku yang sekangkang kera itu.



Nilai 3 nih memang terkenal sebagai pusat memborong ..borong lah..apa2 yang boleh diborongkan..tapi ramai yang datang memborong kain-kain ela, langsir, cadar dan segala pakaian ..dan jugak kelengkapan perkahwinan, dan kedai perabut jati ( ermss aku pun tak tau murah ker perabut jati kat sini ersk). Dan adalah lah jugak kedai2 lain tuh jual carpet, pinggan mangkuk (I like selalu habis duit kat sini ), dan barang permainan budak (toyshop).kalau korang datang sini punyalah banyak kedai kain dan persiapan perkahwinan sampai jenuh nak mengira..aku rasa kalau korang nak try kira bley dapat migraine lah kot. Pesal aku cerita pasal Nilai 3 nih yer? sebab tempat nih kat belakang kilang nih jer..masa lunch bila aku telah boring tahap kambing biri-biri, aku pergilah ronda-ronda kat sini..ataupun bila lunch hour hari jumaat yang agak lama itu.

kalau ader cuti sekolah or cuti umum, sungguh lah ramai umat manusia kat sini adakala samapi bawak rombongan makcik kiah naik bas sewa cam tuh. kalau hari biasa..aku suka lepak2 kat sini sunyi dan aman jer..nak parking senang..dan mencuci mata tanpa gangguan. Kain ela kat sini memang murah2 ..macam2 jenis lah jugak..so hari tuh aku ngan zuraida sajer lah mencuci mata tengok2 kain kat kedai nih..berkenanalah sepasang yang corak abstract dari harga RM60 ingit sepasang (dlm 4 meterlah), tokey tuh boleh bagi RM48. Kawan aku nih aper lagi sambar lah..aku sabar jer lah belum ader keperluan lagi.Kat bawah nih lah kain corak abstrak yang aku suka tuh, cuba tgk yang kaler oren tuh yer.. kain2 yang ditawarkan cam viscose, satin, sutera,chiffon,,dan macam2 lagi yang aku dah lupa.. sampai juling lah mata aku tgk..

aduh penat nyer...nak cerita pasal kain nih yer..jadi lau berminat nak menjenguk atau memang ada niat nak membeli belah kat nilai 3 nih ada disertakan denagn peta (supaya korang tak sesat), sementara tuh korang layan jer lah gambar2 nih..

No comments: