Monday, April 6, 2009

Dan Ombak Menghempas Pantai -III

Gambar nih aku wat wallpaper kat pc aku hehe.. sungguh menyamankan kepala otak ketika serabut. Jeti nih bebetul depan ngan resot..sempoio jer kan...adakala nyer yang paling mudah itulah yang mendamaikan jiwa...
perahu nelayan kat laut, cam kecik jer kan dibandingkan dengan lautan yang saujana mata memandang tuh.. demi sesuap nasi..apa jua halangan tetap ditempuhi, mengajar kita untuk mensyukuri nikmat hidup yang dijalani ini..Layan perasaan atas bot masa nak pergi snorkelling 1st day,cuba tgk air laut yang kehijauan dan lagit yang membiru tuh..sounds cliche..but very calming.nampak tak orang ramai2 tenagh snorkelling tuh ( erks...tak tau ler kalau ader aktiviti lain lam air nih muahahah), aku dah turun awal..tapi tanpa finku rasa cam tak best nak mensnorkel kat sini, petang tuh laut bergelora dan arus agak kuat , jenuh aku nak berenang balik ke boat ( huhu tulah tunjuk lagak tak mo pakai life-jacket tuh). Rupa-rupa malam tuh nak hujan rupanyer. Karangan laut kat sini kurang menyerlah dibandingkan di Pulau Perhentian.Nampak tak ader yang kena tarik dengan pelampung tuh , kes dah tak larat nak lawan arus balik ker bot..lepas balik snorkelling tergolek kat hammock nih kepenatan. kalau layan kat sini boleh lelap sampai ke malam gamak nyer.


sambil baring dalam hammock layan pemandangan yang indah ini didepan mata..rasa2 cam nak balik jer sana bila tengok nih..

No comments: