Monday, April 6, 2009

Dan Ombak Menghempas Pantai -III

Gambar nih aku wat wallpaper kat pc aku hehe.. sungguh menyamankan kepala otak ketika serabut. Jeti nih bebetul depan ngan resot..sempoio jer kan...adakala nyer yang paling mudah itulah yang mendamaikan jiwa...
perahu nelayan kat laut, cam kecik jer kan dibandingkan dengan lautan yang saujana mata memandang tuh.. demi sesuap nasi..apa jua halangan tetap ditempuhi, mengajar kita untuk mensyukuri nikmat hidup yang dijalani ini..Layan perasaan atas bot masa nak pergi snorkelling 1st day,cuba tgk air laut yang kehijauan dan lagit yang membiru tuh..sounds cliche..but very calming.nampak tak orang ramai2 tenagh snorkelling tuh ( erks...tak tau ler kalau ader aktiviti lain lam air nih muahahah), aku dah turun awal..tapi tanpa finku rasa cam tak best nak mensnorkel kat sini, petang tuh laut bergelora dan arus agak kuat , jenuh aku nak berenang balik ke boat ( huhu tulah tunjuk lagak tak mo pakai life-jacket tuh). Rupa-rupa malam tuh nak hujan rupanyer. Karangan laut kat sini kurang menyerlah dibandingkan di Pulau Perhentian.Nampak tak ader yang kena tarik dengan pelampung tuh , kes dah tak larat nak lawan arus balik ker bot..lepas balik snorkelling tergolek kat hammock nih kepenatan. kalau layan kat sini boleh lelap sampai ke malam gamak nyer.


sambil baring dalam hammock layan pemandangan yang indah ini didepan mata..rasa2 cam nak balik jer sana bila tengok nih..

Friday, April 3, 2009

Dan Ombak Menghempas Pantai-II

Sambungan dari ceritera entri yang lepas..masa sampai jer sebelum bagi kunci bilik ader briefing dulu, about the do's and donts around here. Yang dtg sama ader lah 10 orang jer.. 3-4 are definitely divers. Kat sini ader free hot drinks and juice all days long..aghh for small perks. nampak tak bekas besar tuh kat tepi kaunter. Sini tempat makan, tempat lepak, tempat borak, tgk tv, tgk laut dan reception.This is the dining main area, i love it here..memang berdepan laut..i like to laze around with a cuppa dan baca book or magazine. Most of our time is spent here..all the meals are provided, no ala carte.menyenang kan kerja tuan rumah gamak nyer..Area nih very spacious and airy..dan ader Tv besar satu untuk sesiapa yang berminat , tapi aku sempat jenguk2 jer citer kat tv tuh..lepak dengar bunyi ombak lagi best. .
Sebelah dining hall is the diver's den..tempat dia org prepare untuk pergi menyelam dan belajar menyelam. Their specilities is underwater pjhotography if I am not mistaken. memang ader niat nak belajar diving, tgh kumpul budget dulu..tak silap kalau buat kat opulau terus untuk 4 hari around RM1800... geng yang divers ramai jugak.. Another view from the dining hall balcany..sejuk mata memandang, kebiruan air laut dan lagit dan tanjung nun disana tuh..ada facilities kayak yang free of charge kat sini, tapi kenapa ntah aku tak berkesempatan nak pergi berdayung-dayung tuh. Insyallah lain kali sampai tuh..

View from the restaurant cum dining area right infront of this rickety jetty..tranquil sangat kan..no noisy boats..carol kat area nih baru nak hidup so not so interesting to see tapi ader lah jugak ikan2 kaler2 kalau rajin nak snorkel mencuci mata depan resort nih, thats why they cordoned off the area untuk laluan khas bot-bot ke sini.

Dan Ombak Menghempas Pantai-I

Marilah melayan gambar-gamabr sambil aku bercerita serba sedikit mengenai acara Rehat dan rawat aku yang lalu ....
jalan2 carik makan sata kat kemaman dulu. gerai nih ramai orang ada sata, otak2, pais ikan dan sotong goreng tepung gak!Nama tempat Teluk Mak Nik or Monica Bay.
gambar masa kat tepi jetty kat Merang..sleepy place, bot laju kat tepi tuh yang bawak kita orang ke redang , tengok warna langit dan kuala sungai merang..masa nih tak ramai orang pun..Dalam bot laju nak pulau..nak layan mata tak leh sebab bot tuh berenjut2 sampai sakit my bum..so layan tgk scenery.. i just love time like this
konon2 nak ambik gambar scenery masa lalu tepi2 pulau tuh , tapi tak pandai lah plak..banyak rupanyer kepulauan on the way to redang nih..bilalah nak ader camera canggih ehheh

nih lah first view tempat penginapan aku kat sini, nampak cam quiet& peaceful ajer kan, which I like. NO swarming crowd..hope this will really be my RnR . A liitle peace of heaven on earth for the time being.

Wednesday, April 1, 2009

R n R (Rest & Relax)


Thousand apologies, since this blog has been on a break for the last couple of days.Tuan rumah pergi carik some RnR and got more than she bargain for hahah.. pretty relaxing couple of days but rejuvanating nonetheless. Will post the activities once things are up and running again. I love the sunshine and the sea and this tan is gorgeous hahaah..

Wednesday, March 25, 2009

Kain oh Kain





Bila last korang membeli sepasang kain untuk dibuat baju..tak kiralah baju kurung ker, baju kebaya ker, blouse ker..erks...buat t-shirt tak boleh lah gamak nyer...kalau korang nih jenis yang memang rajin membeli kain dan kemudian menempah baju di butik-butik (nih kira mahal sket lah kot) atu di kedai2 jahit..silalh datang membeli-belah kain-kain ela yang pelbagai warna, corak, jenis di Nilai 3. Aku bukan lah tukang promosi..jauh lah sekali sebab aku jenis yang jarang nak tempah baju, sebab aku keje kilang jer..pergi keje pun pakai uniform yang disediakan ( senang gak hidup). kalau dikira-kira aku beli kain nih adrelah sekali-dua dlm setahun itu pun untuk hari raya atau ader keraian seperti kenduri kahwin keluarga, selain dari tuh..memang lah takder..kang membazir jer baju2 tu tersangkut dan menjadi sarang labah2 dalam almari pakaianku yang sekangkang kera itu.



Nilai 3 nih memang terkenal sebagai pusat memborong ..borong lah..apa2 yang boleh diborongkan..tapi ramai yang datang memborong kain-kain ela, langsir, cadar dan segala pakaian ..dan jugak kelengkapan perkahwinan, dan kedai perabut jati ( ermss aku pun tak tau murah ker perabut jati kat sini ersk). Dan adalah lah jugak kedai2 lain tuh jual carpet, pinggan mangkuk (I like selalu habis duit kat sini ), dan barang permainan budak (toyshop).kalau korang datang sini punyalah banyak kedai kain dan persiapan perkahwinan sampai jenuh nak mengira..aku rasa kalau korang nak try kira bley dapat migraine lah kot. Pesal aku cerita pasal Nilai 3 nih yer? sebab tempat nih kat belakang kilang nih jer..masa lunch bila aku telah boring tahap kambing biri-biri, aku pergilah ronda-ronda kat sini..ataupun bila lunch hour hari jumaat yang agak lama itu.

kalau ader cuti sekolah or cuti umum, sungguh lah ramai umat manusia kat sini adakala samapi bawak rombongan makcik kiah naik bas sewa cam tuh. kalau hari biasa..aku suka lepak2 kat sini sunyi dan aman jer..nak parking senang..dan mencuci mata tanpa gangguan. Kain ela kat sini memang murah2 ..macam2 jenis lah jugak..so hari tuh aku ngan zuraida sajer lah mencuci mata tengok2 kain kat kedai nih..berkenanalah sepasang yang corak abstract dari harga RM60 ingit sepasang (dlm 4 meterlah), tokey tuh boleh bagi RM48. Kawan aku nih aper lagi sambar lah..aku sabar jer lah belum ader keperluan lagi.Kat bawah nih lah kain corak abstrak yang aku suka tuh, cuba tgk yang kaler oren tuh yer.. kain2 yang ditawarkan cam viscose, satin, sutera,chiffon,,dan macam2 lagi yang aku dah lupa.. sampai juling lah mata aku tgk..

aduh penat nyer...nak cerita pasal kain nih yer..jadi lau berminat nak menjenguk atau memang ada niat nak membeli belah kat nilai 3 nih ada disertakan denagn peta (supaya korang tak sesat), sementara tuh korang layan jer lah gambar2 nih..