Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Senja Nan Indah


Satu senja yang indah... ambil gambar nih dari rooftop parking kat Jusco, S2.. sesungguh nyer keindahan ciptaan Tuhan tiada cacat cela nyer.. tapi manusia jarang berhenti sejenak dan mentafsirkan di sebalik semua keindahan didunia ini...

Friday, November 13, 2009

Blog Ku Bersarang



Berkurun lama rasa tak posting kat blog yang nih to be exact, last posting ialah pada 18 August 2009..campur2 semua hari ialah 85 hari..... wahhhhhh.. dekat nak 3bulan..cam cuti orang bersalin gamak nyer.. rumah ku dah penuh bersarang labah2...(harap2 bukan tarantula eks)

Apa-apa pun.. diharap lepas nih akan ada sedikit masa yang dapat diperuntukan untuk mengemaskan kini blog rasa hati ku ini.... maklumlah payah nak mengemas kalau rumah sampai dua nih..mau kena ambik bibik ler plak... rumah pertama (food blog ) tuh... pun ader posting 4-5 sekali jer... kalau ader kelapangan walaupun banyak experimen memasak yang telah dilakukan...


Ntah aper lah yang sesak waktu sangat sekarang nihkan.. nak kena buat kajian jugak nih...

Kepada yang telah lama menanti..mari kita bersua mesra kembali... welcome again


p/s: rindu sama gue enggak?

Thursday, August 13, 2009

Kerana Gula itu..

Kerana gula itu..beberape hari nih masa lunch dan selepas keje aku akan kesana kemari berkunjung ke kedai2, mini-mini market untuk mencari gula. Kenapa aku carik gula banyak2? Sebab mak aku berniaga kuih di pasar tani setiap hari sabtu, so kuih2 melayu kebanyakkan nyer banyak menggunakan gula terutama kuih bakar ( my mother speciality ).


Kebanyakkan kedai aku pergi hanya bagi beli 2 paket sahaja ( 2 kg /per customer), sekali buat kuih untuk jualan mau pakai 3-4 kilo, tuh belun kira untuk kuih2 lain. Pergi ke Giant di bandar baru pun semalam petang stock gula tak ader.


Aku masih ingat perkara yang sama juga berlaku masa nak puasa/raya tahun lepas. tak logik gamaknyer untuk pengilang gula tiba2 lower down volume bila nak musim peraayan kan. Mostly the culprit will be the warehouses atau supplier yang menyimpam stock gula dengan kuantiti yang banyak dengan harapan bila demand makin tinggi dari customer dan komoditi itu susah untuk didapati, mereka boleh menaikkan harga komoditi tersebut.Apalah punya mentaliti..untuk untung dengan cepat? Yang susah pengguna lah..terutama peniaga.. when this happened... at the end of the day akan effect harga2 barang yang lain...


Dan , aku tak ader pulak baca kekurangan gula kat Indonesia ker, Brunei ker..walhal penduduk sana juga akan menyambut ramadan dan Syawal kan... so salah siapakah dalam situasi ini...


Yang amat nyata sekarang..sungguh menyusahkan rutin aku kena carik gula hari2 tau.. lepas nih buat kuih pakai gula-gula jer lah....


p/s: sebab gula susah nak dapat aku stop main2 baking dulu gamak nyer...

Wednesday, August 12, 2009

Hati ku Terguris...


Kadang-kala berlaku perkara-perkara yang diluar jangkaan yang mana pada waktu itu, kerana untuk menjaga airmuka atau mengelakkan assumption yang bukan-bukan, kita terpaksa berlakon.

Itu lah yang berlaku pada aku semalam..dan sebenarnya walaupun aku cuba memahami tindakan yang berlaku waktu itu..at the end of the day hati aku tetap terguris. Seorang teman meninggalkan kan pesan di Facebook "Na, you've made your bed, you have to lie in it"....


P/S: bukan mudah untuk memujuk hati ku sendiri..

Monday, August 10, 2009

Cerita di Station Minyak

Semalam aku memandu pulang dari KL singgah untuk mengisi minyak di sebuah petrol station . Berhenti jer kereta aku nampak sebuah MPV hitam di hadapan dan.....

seorang budak lelaki (aku rasa umur dalam 12 tahun begitu) sedang mengisi kan minyak ke tank kereta. Tak nampak pun orang dewasa atau ibu bapa sedang mengawasi perlakuan itu..Aku intai2 jugak dalam kereta tak nampak pemandu atau penumpang. Aku rasa mungkin mereka berada di dalam kedai serbaneka ketika itu.

Just giving my two cents worth of opinions, perkara sebegini tidak patut berlaku. Cuba bayangkan kemungkinan2 yang boleh berlaku. Patutkah kerja sebegini dipertanggungjawabkan ke atas seoarng budak, yang sememang nyer belum tahu tatacara yang betul untuk mengisi minyak atau aspek2 keselamatan semasa mengisi minyak. Most propbably aper yang diketahuinyer cuma yang diajar oleh ibu bapa. aper akan jadi jika minyak tiba2 tertumpah diatas kereta atau jalan, dan berlaku kebakaran. Mungkin kah masa itu ibubapa/penjaga akan sedar akan kebodohan tindakan mereka. hmmmmmm.... mungkin ingin mengajar anak untuk menolong atau berdikari..tapi cara dan perlakuan yang salah tempatnyer. Aku cukup terganggu dengan perlakuan ini, dan terpanggil untuk membuat commentary disini. Apa pulak pendapat readers?

p/s: sayangkan anak tangan-tangan kan dulu..

Friday, August 7, 2009

Out of Office on Friday


To whomever sending emails to my office mail, will get the above reply promptly. I am on leave and will be back on Monday 10 August respectively. The reason, that i took my oh so precious annual leave.... i feel like chilling out... like going lepak at mamak place sambil layan free wifi, jalan2 cuci mata kat shopping kompleks and malam nih I need to prepare some food for tomoorow event... Best nyer sesekali chill out begini while other people are working..long weekend baby!

p/s: image from google image yo..... best eks lepak cam ferret nih...

Thursday, August 6, 2009

England sebuah Bandar?

Aper pendapat korang bila tetiba seoarng penjawat jawatan awam berkata sedemikian. Aku..hahaha jangan cakap lah..at that point aku dah rasa frustration giler cam perempuan nih..nak geget2 jer..

Selama aku dah buat Permohonan untuk Form A, untuk pelanggan di England, memang dah guna England kat Borang tuh, tetiba hari nih..dia orang boleh bulat kan perkataan tuh dan kata tak boleh guna , type United Kingdom plak...wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..aku hangen... lerr tahap dinosour..

Bukan kali pertama atau kedua aku buat dan borang nih dah diluluskan dengan menggunakan "ENGLAND", tetiba kata..kita orang overlook sbebenarnya tak boleh..dan boleh alasan nyer..England tuh bandar cik..

Kenkadang aku rasa penjawat2 awam nih terutama yang berkerja di Front Kaunter tuh kena pergi kursus lah..supaya jawapan yang diberi..lebih bernas dan logik...

Penant aku kena pergi ke KL than ke Seremban dan kembali ke ofis semata sebab England adalah sebuah bandar.... stress stress aku dan polisi gini gmak nyer..


p/s: banyak sungguh yang berkecamuk dalam ekpala sampai aku tersasul memandu ambik jalan nak balik rumah plak tadi..

Friday, July 31, 2009

Kejutan, Kerana Baju

kat tempat keje aku nih.... kalau keje bahagian production biasa nyer kita orang diberikan t-shirt kolar dan untuk level exec. ke atas 2 pasang blouse dan seluar. memandang aku nih jenis tak rajin nak menggosok, so tiap hari pakai jer lah t-shirt tuh ngan slack hitam ( no-jeans yer). % hari tuh ader t-shirt masing2, merah, hijau, oren .., biru dan bagi aku aper2 t-shirt kolar yang ader lambang company. Aalah-lebih kurang cam dalam gambar nih..

Satu hari aku kebetulan, ader nak pergi melawat lepas keje so pakai lah baju yang lain sikit, blaus merah jambu ala2 begini pulak....... tapi yang lengan panjang.Aku masuk jer opis.. dah hampir semua orang kecoh haha.. macam ler special sangat aku berbaju pink hari itu.. nak gelak pun ader.. macam alh aku buat satu kejutan yang besar sangat , tu ler agak nyer kalau aku berbaju kebaya datang opis..aper plak cerita..mau ambik gambar letak kat notice board kot..hahahha. Masalah nyer..kang berbaju kebaya pas tuh pakai safety boot..kehulu-kehilir kat Production floor tuh aper cerita eks? Kejutan2 begini hanya boleh dibuat once in a blue moon..

P/S: baju kurung dan kebaya dalam almari tuh boleh kira ngan jari berape kali pakai dalam setahun tau...

Wednesday, July 29, 2009

Boleh ker?

Dalam perjalanan aku pergi keje akan lalu tepi sekolah rendah nih pagi-pagi, usually kalau awal budak2 tenagh beratur kat luar sambil cikgu bagi morning briefing lah...suara cikgu2 tuh sungguh nyaring, kereta aku tutup tingkap pun dapat dengar lagi... bersemangat sungguh tuh.
Satu pagi aku dah agak lambat pergi keje ..lalu kat tepi padang tuh..nampak budak-budak sekolah nih tengah ader pelajaran pendidikan jasmani

Seronok giler nampak dia duk berlari2 dan melompat2 rasa nyer tengah berlatijh untuk sukan sekolah lah kot..padang sekolah nih bebetul tepi jalan jer.. ..dan aku ternampak cikgu nyer yang mengajar sukan tuh dengan pakaian ala ala begini...berbaju kurung lengkap ngan kasut tinggi dan bawak handbag tengah bagi arahan kat budak2 di tengah padang itu. Secara tetiba tiba aku confuse,,sepatut nyer kita kena lead by exmple kan..apakah inh? boleh ker? Mungkin, cikgu nih malas nak bertukar pakaian kerana ader kelas lain selepas ini, tapi pada pendapat aku..memang tak sesuailah kalau nak beriadah dengan keadaan begini. Apa salah ambik sedikit masa untuk bertukar ke track-suit dan t-shirt untuk kelas pendidikan jasmani, baru kenakan...

Seingat aku dulu masa sekolah rendah cikgu PJ aku lelaki kalau masa tuh memang akan tukar pakaian dan turut sama bersanam nagn kita orang... mungkin zaman dah berubah kot... tapi i belive that in what we do every efforts is greatly counted.

p/s : tak berniat untuk memburukan atau mengguris perasaan cuma untuk berkongsi rasa

Tuesday, July 28, 2009

Kerana Pensil dan Pembaris

Hujung minggu adik ku pulang singgah di rumah..jumpa mak ngan ayah sambil2 kait rambuatn nak bawak balik, sampai pun dah lewat pukul 6 lebih, rupa nyer bermalam di rumah mertua di rembau sebelum singgah di kampung. dalam kecoh2 anak2 buah ku bermain kucing2 dan laptop itu, tiba2 si anak yang sulong ditegur oleh ibunyer" abang dah siap keje sekolah ?" Abang nih darjah dua, anak yang sulong dari tiga beradik. " Dier diam seketika. Ibu nyer bertanya lagi dengan nada yang agak tinggi.. "Dah siap ke belum ?" Slow-slow dier geleng kepala , apa lagi ibu naik angin..pergi kereta dan ambik kan beg si abang. Dan si Abang tiba-tiba menangis sakan. Aku tanya kenapa abang menangis, jawab nyer abang nak buat kerja sekolah kat rumah. Jawapan yang sama2 berulang-ulang. Adik ipar ku blood sudah goes upstairs..tarik telinga Abang. Aku bawak masuk bilik..dan cakap aku tolong dier buat kerja sekolah. sambil tersedu-sedu dia cakap..cam mana abanag nak buat aabng luap nak bawak pensil dan pembaris.. LAHHHHHHHHHHHHHH..rupanyer..itu alasan nyer..sampai kata nak buat kat rumah jer..
Aalahai anak buah ku..jadi aku pun carik2 satu rumah jumpalah pensil dan pemadam..(maklum lah rumah aku nih takder budak2 so jarang nak menyimpan barang2 nih, kalau pun tuh berlambak ler). Tak jumpa pembaris, aku carik kad jemputan kahwin yang agak keras buatkan pembaris..... Dan jadi cikgu tuisyen kejap ajar dier buat keje rumah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Siap jer keje..boleh lompat2 main laptop aku lagi..aduhai anak2 buah ku sayang..

P/S:aku sayang anak-anak buah aku yang bermacam2 ragam nih...

Monday, July 27, 2009

Kebun Saya

Sekarang saya ader bukak ladang sayuran dan menjadi peladang berjaya. Ala-alanya saya bertanam pokok2 seperti cili, tembikai, terung dan jagung. hasil yang saya tuai juga dijual dipasar dan wang yang diperolehi saya gunakan untuk membesarkan lagi plot ladang saya.

ramai jugak kawan-kawan saya berkebun dan menikmati hasil masing-masing. kawan-kawan saya juga sering mencuri hasil tanaman saya, nasiblah saya tidak membela aniing untuk menjaga kebun saya. apa pun saya tak kisah pun kawan2 mencuri hasil tanaman saya..sebab kita mempunyai hobi yang sama. kadangkala saya juga mencuri hasil tanaman kawan2 saya ... tapi saya juga rajin untuk menyirm pokok2 mereka dan membuang rumput dan haiwan perosak di kebun mereka.

Adik ipar saya juga bercucuk tanam di sini, anak-anak buah saya kata "induk jangan curik sayur ibulah". Saya hanya gelak2 dengan permintaan itu...


Inilah kegiatan saya di masa lapang bersama-sama rakan menjayakan kebun virtual kami di BARN BUDDY..marilah sama-sama bercucuk tanam untuk FACEBOOk..



p/s jangan marah arr dengan entri aku yang nih..lepas tension haha

Friday, July 24, 2009

Segelas Teh 'O' & Sekeping Roti Telur

Ari nih aku lari dari kebiasaan aku makan kat gerai Ning dekat ngan kilang tuh. kalau kat situ aku akan makan mee goreng , telur dan teh tarik.. kena charge RM2.00 sebab aku ambik mee tuh sikit sangat kot.. kira standarad breakfast lah jugak.yang regular nyer ader lah 5-6 orang borak sambil pekena breakfast then lagi 5 minit nak amsuk opis baru pelan2 kayuh(maklum lah dekat tak sampai 2 minit sampai dah kat parking)
Pagi nih merubah kebiasaan ku singgah kat kedai mamak kat sebelah masjid lama kat Pekan lama Nilai tuh. Its not more than a gerai dalam area masjid tuh pun. Kalau pagi ader lah roti2, nasi lemak ( ala mamak, aku tak leh layan ), dan ader mee goreng spesial (best giler panas2 tak tipu). Tapi pagi nih aku idam kan roti telur dan teh o panas untuk menggalas perut, gambar yang kat atas tuh ler ayang aku makan (orang2 kat kedai tuh mesti tertanya pesal ler minah nih gambar roti telur pun nak ambik gamak nyer). Roti telur nyer so and so tapi kuah kari tuh cukup excellent.
The down side makan kat sini ..aku makan sorang2 sambil baca newspaper jer ( ahaks cam aku tak biasa buat). makan2 ..baca2 skali tengok jam dah 8.15 pagi... aha aku masuk keje kul 8.30 ..cabut lerrrrrrr..
Kat kedai nih every Selasa dan Khamis ader menu khas nasi beriani yang sungguh lazat..(nanti kalau aku datang lagi aku upload gambar lak). Kalau nak rasa kena datang awal ler..sebab biasa nyer by 1.30 pm dah abis, tak pun korang tepon booking la..
Hmm citer makan-makan nih lapor lah plak..chow dulu..

Thursday, July 23, 2009

Projek BBQ




tadi kawan aku Pak Ngah fadhil call nak comfirm pasal BBQ untuk acara camping kat FRIM nanti. Tanya aku berape budget untuk 40 orang untuk BBQ berape. haha aku pun garu kepala, selalu aku buat untuk geder2 family jer..aper jer yang nak makan kat tekak.
Kawan aku kat opis nih ,kata bagi budget satu kepala buat 5 ringgit, Menu nyer adalah seperti berikut:-
1) ayam bbq
2) Burger & sausage
3) kerang
4) kentang dan baby tomato


Nak taruk ikan tapi nak kena survey dulu kat pasar baru leh masuk list. Then nak kena buat bahan2 perap dan angkut semua pergi ke FRIm sabtu pagi tuh.. erkss cam banyak keje kena carik assistant nih.Pas tuh nak buat cicah BBQ..paling senang beli jer yang dah siap lam botol..lagi pun nanti ader nasi dan mee goreng dan kuih kuih( aku jugak yang kena buat ker ?)

Nasib baik lamer lagi nak pergi 8hb ogos nanti..any idea aper lagi yang boleh ditambah atau direvisekan dari menu nih. Suggestion is most welcome.

Thursday, June 18, 2009

Aku, Dia dan Keadaan

Hari nih adalah mempelajari aper yang berlaku semalam dan hari -hari sebelum nyer. Aku tak mampu lagi untuk mengubah keadaan menjadi yang terbaik begitu juga dia. Apa yang di rasa dikongsikan untuk mencari penyelesaian yang lebih selesa.




Kita bercerita dan membina impian lagi... Aku bukan insan yang gemar melulu. Apa yang ku pegang bertahun lama sukar untuk aku biarkan berkubur tanpa nisan.






Harapan-nya disaat dan ketika ini agar aku dapat setenang air tasik ini.






Amin...

Tuesday, June 16, 2009

I am Feeling Blue


Today, i was particularly feeling down, feeling blue and sort of depressed. I was out of sync with work, my friends and particularrly my relationship. Seemed I am in spin-cycle which is never ending.

After work, thought I can cheer myself up but I was wrong. At the end I just have to let tears to vent out my frustration. The answers to my question still remain elusive.





I have to move on! There is still a long road ahead of me.

Tuesday, June 2, 2009

Ohh..Tidak

Ari sabtu lepas aku rasa eksressi muka aku adalh seperti diatas bila aku pergi ke kereta untuk memandu pulang setelah makan malam bersama Dearest ku dan......






.............................. tayar kereta ku menggelebeh cam kat atas..aduss..mau tepuk dahi jugak aku. Hari Jumaat lepas baru jer buat balancing, alignment dan pelbagai lagi untuk tayar2 4 biji ku ini dan ari nih pancit lah plak. AKu belek2 Cik KENARI ku yang sengat sebelah kesian dier. Nasib baik lah waktu tuh masih belum pulang dan berlaku di tempat parking bukan di atas jalan raya. Alhamdullilah , masih syukur kan ! Dearest pun jadik lah macho man tolong tukar kan tayar spare, yang pun kurang angin itu (terpaksa lah aku tawakkal jalan slow2 pergi ke stesen minyak terdekat nak isi angin). Tayar ku itu rupanya bukan bocor terkena paku tapi dah koyak di tepi. Tak boleh diselamatkan lagi, harus digantikan baru jugak.


Esok pagi2 lepas habis berjogging di City Park , aku pergi minum (makan mee jawa lagi ..haha gone kalori yang telah dibakar semasa berjogging tuh) di restoren Pak Tam, mujurlah ader satu kedai tayar bebetul depan restoren. Terus aku mintak diganti tayar baru 2 biji (sebab yang belakang tuh dah hampir botak). Mahal lah sikit di kedai nih bandingkan kedai biasa yang aku kunjugi di Nilai. Asalakan hati ku senang bila memandu Cik Kenari ku alhamdullilah...

Monday, June 1, 2009

Teman Lama dan Popia Basah

Sekian lama tak berjumpa dengan teman lama ku ini, jadi berkesempatan untuk mengajak dier menemankan ku ke pameran MATTA yang lepas dan ajak bershopping sambil usha birthday present ku. Sambil berjal;an di Sogo dapatlah beg tangan sebagai hadiah hari lahir ku yang ke 3.. itu. Terima kasih yer Encik teman ku.
sambil-sambil mencuci mata dan menyopping( aku jer yang menghabiskan duit) sempat minum petang di Food Court Sogo tuh..minum secawan teh tarik dan berkongsi 2 keping popia Sisters itu.Well, its not actually the food but the company that counts. lama tak berjumpa banyak lah cerita-ceriti yang dikongsi bersama. Pasal kawan2, pasal keje, pasal rumah, pasal IRC dan kereta. Lama dah berkawan dengan Encik Teman nih dalam 9 tahun lebih, antara teman2 yang awal aku kenal di IRC. Banyak yang pernah dikongsi bersama, dan menjadi penasihat yang tak rasmi juga.



Masa jalan2 di SOGO dapat pulak belon nih./.hahahah happy cam budak2..


Tapi.......


Baru2 nih Encik teman menghantar sms yang di akhirnya ber bunyi ".....and i miss u dear'.. adoi.... sampais ekarang tak berbalas sms itu. Sebab nyer..payah nak terangkan... tapi yang paling kelakar sms yang dikirimkan untuk bekas kekasih di batu pahat "....Kirim salam kat janda i yer "...hahahhaha.


Encik Teman vs Teman Setia ku... adoii.. garu kepala dah nih... Aku tunjukkan sms itu pada Teman Setia ku...dier cuma berkata "..u balas aper"? huhuhuhuhu...... ntah lah..

Friday, May 29, 2009

Tidurku Lena

Dah dapat katil baru ku bberapa hari yang lepas , jadi aku sibuk lah mengadjustkan bilik aku nak sesuaikan dnegan kehadian perabut baru nih. Maklum ler sebelum nih aku pakai katil single jer so banyak lah space kat bilik , bila dah ambik queen size sempit lah sikit. Barang2 ader yang kena dikeluarkan atau pun letak bawah katil tuh hehehe..
Kaler scheme nyer kununnyer ialah krim dan merah ler, jadi aku ari tuh memborong cadar dan sarung bantal kaler ala2 gitu ler, Comforter tuh plak beli kat Sleep Foucs (Kilang buat bedding) masa dier orang buat factory wholesales ari tuh. Murah gak tuh 60 ingit jer. Cadar tuh beli kat Jusco jer pakai voucher aku menang main boling plak.


Last nyer aku pasang lak kain jersey buat cam tirai kat tiang katil tuh, kaler krim oren jugak. Beli kat Nilai Square jer kain tuh, semter 3 ingit , beli 6 meter then gunting dua sebab bidang dier besar. Setakat nih aku rasa aku nyer idea dah ok, nanti lah aku jalan2 carik bedding cadar yang beropol2 yang tutup semua tuh, aper lah panggil nyer eks?Ruffled bedspread yang floral2 kan... esok Jusco Seremban ader members sale..ehhe so bley ler aku skodeng2
p/s:Yang nyata nyer tidur malam ku makin nyeyak dan lena......

Thursday, May 28, 2009

Durian Dah Gugur..yea

Ini buah durian yang bakal aku kopek untuk dimakan sebentar tadik, cantik dan menggodakan..haha sib baik mak aku yang tolong kopekkkan..kalau aku setengah jam lah baru lepas, kalau tak terbarai buah nih Ini pulak hasil nyer, nampak tak ulas2 duain yang sungguh menggoda ini, sib baik aku bukakn kaki durian takat makan 3-4 ulas dah ok sekadar menjamu selera, apa pun sendawanya sampai ke malam. Esok nak mintak mak buatkan serawa durian jugak ngan pulut kan. Ermmmmmm....

Nih plak pokok durian kat belakang dapr umah nih, nampak tak buah2 yang bergayutan di dahan dan di celahan daun tuh. Sebenarnya ader lagi beberape batang pokok kat belakang umah nih, alhamdullilah semua berbuah plak kali nih.Kalau ader banyak gugur mak aku mungkin akan duk berjual kat jalan depan rumah nih. Jadi kalau sesiapa yang lalu jalan Labu kat bt 9 nih mungkin lah akan ternampak..




Saturday, May 23, 2009

Katil 4 Tiang


Aku dah agak lama berangan gak nak guna 4 poster canopy bed ala2 cam kat atas tuh, cam nih , kalau ader rezeki lah. lama gak aku pikir2 pro dan cons nyer.Beberape kedai gak kat Nilai nih aku duk survey2. Ada yang kayu, nampak memang teguh (dan peramah lah kot haha), tapi harga mak aih sampai RM1500. Bilik aku tak lah besar maner kalau masuk set kayu cam tuh mau letak katil jer kang. Jalan2 jenguk2 aku terjumpa satu model nih combine kayu dan besi, queen size ok lah jugak rasa nyer..campur tilam skali dapat lah dalam RM700. Aku rasa nih ler yang paling sesuai untuk bilik tidur ku yang comel itu. tapi rasa nyer kalau jadi ambik set nih terpaksa lah aku berkorban beberape perabot dalam bilik tuh..kang takder lak temapt nak berjalan ngan solat penuh ngan barang-barang lak.lepas nih nak pikir nak deco cam ner plak. Minta-mintak tercapai lah hasrat aku dalam sebulan dua nih. kalau dah dapat nanti leh buat posing2 sikit atas katil hahahah..
walaupun bilik tidurku tak semegah dan secanggih seperti gambar ni, tapi asalkan selesa dan sedap aku dapat beradu di malam hari (dan melepak bermalasan2 di siang hari) sudah mencukupi. Pas tuh wat2 lampu yang romantika gitu kan.. so selagi belum tercapai, akan menjadi satu priority dalam list aku buat sebulan dua nih..


p/s:apa yang aku buat juga untuk kepuasan diri sendiri yer.