Tuesday, July 28, 2009

Kerana Pensil dan Pembaris

Hujung minggu adik ku pulang singgah di rumah..jumpa mak ngan ayah sambil2 kait rambuatn nak bawak balik, sampai pun dah lewat pukul 6 lebih, rupa nyer bermalam di rumah mertua di rembau sebelum singgah di kampung. dalam kecoh2 anak2 buah ku bermain kucing2 dan laptop itu, tiba2 si anak yang sulong ditegur oleh ibunyer" abang dah siap keje sekolah ?" Abang nih darjah dua, anak yang sulong dari tiga beradik. " Dier diam seketika. Ibu nyer bertanya lagi dengan nada yang agak tinggi.. "Dah siap ke belum ?" Slow-slow dier geleng kepala , apa lagi ibu naik angin..pergi kereta dan ambik kan beg si abang. Dan si Abang tiba-tiba menangis sakan. Aku tanya kenapa abang menangis, jawab nyer abang nak buat kerja sekolah kat rumah. Jawapan yang sama2 berulang-ulang. Adik ipar ku blood sudah goes upstairs..tarik telinga Abang. Aku bawak masuk bilik..dan cakap aku tolong dier buat kerja sekolah. sambil tersedu-sedu dia cakap..cam mana abanag nak buat aabng luap nak bawak pensil dan pembaris.. LAHHHHHHHHHHHHHH..rupanyer..itu alasan nyer..sampai kata nak buat kat rumah jer..
Aalahai anak buah ku..jadi aku pun carik2 satu rumah jumpalah pensil dan pemadam..(maklum lah rumah aku nih takder budak2 so jarang nak menyimpan barang2 nih, kalau pun tuh berlambak ler). Tak jumpa pembaris, aku carik kad jemputan kahwin yang agak keras buatkan pembaris..... Dan jadi cikgu tuisyen kejap ajar dier buat keje rumah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Siap jer keje..boleh lompat2 main laptop aku lagi..aduhai anak2 buah ku sayang..

P/S:aku sayang anak-anak buah aku yang bermacam2 ragam nih...

No comments: