Kerana gula itu..beberape hari nih masa lunch dan selepas keje aku akan kesana kemari berkunjung ke kedai2, mini-mini market untuk mencari gula. Kenapa aku carik gula banyak2? Sebab mak aku berniaga kuih di pasar tani setiap hari sabtu, so kuih2 melayu kebanyakkan nyer banyak menggunakan gula terutama kuih bakar ( my mother speciality ).

Kebanyakkan kedai aku pergi hanya bagi beli 2 paket sahaja ( 2 kg /per customer), sekali buat kuih untuk jualan mau pakai 3-4 kilo, tuh belun kira untuk kuih2 lain. Pergi ke Giant di bandar baru pun semalam petang stock gula tak ader.
Aku masih ingat perkara yang sama juga berlaku masa nak puasa/raya tahun lepas. tak logik gamaknyer untuk pengilang gula tiba2 lower down volume bila nak musim peraayan kan. Mostly the culprit will be the warehouses atau supplier yang menyimpam stock gula dengan kuantiti yang banyak dengan harapan bila demand makin tinggi dari customer dan komoditi itu susah untuk didapati, mereka boleh menaikkan harga komoditi tersebut.Apalah punya mentaliti..untuk untung dengan cepat? Yang susah pengguna lah..terutama peniaga.. when this happened... at the end of the day akan effect harga2 barang yang lain...
Dan , aku tak ader pulak baca kekurangan gula kat Indonesia ker, Brunei ker..walhal penduduk sana juga akan menyambut ramadan dan Syawal kan... so salah siapakah dalam situasi ini...
Yang amat nyata sekarang..sungguh menyusahkan rutin aku kena carik gula hari2 tau.. lepas nih buat kuih pakai gula-gula jer lah....
p/s: sebab gula susah nak dapat aku stop main2 baking dulu gamak nyer...

No comments:
Post a Comment