Sekarang jika ada waktu senggang di hujung minggu aku suka (atau memaksa diri) untuk pergi berjogging. tempat kesukaan aku kat sini City park at Seremban2. Jauh nyer dari rumah ader lah dalam 15-20 minit memandu. Korang mesti kata pesal jauh sangat nak pergi jogging, sebab nya rumah aku kat kawasan kampung kalau aku jogging keliling kampung kang habis semua orang nak menyapa lah , ajak singgah lah.. elok2 nak berpeluh harus aku menambah lagi berat badan nih.. dah lah aku nih tak kenal sangat orang kampung ( adalah ala2 manusia tak kenal sedara gamaknyer). Aku suka berjogging pagi2 , walaupun aku terpaksa mengejutkan diri pukul 7 atau 7.30 supaya aku leh ader katt sana dlm kul 7.30 atau 8.00 pagi, kang kalau lambat dah matahari mencarak panasnyer. Aku jenis kera sumbang gak suka jogging dan beriadah sensorang ( tapi kat taman tasik nih ramai lah umat manusia nyer).
Sebab aku leh buat apa aku suka tak yah nak tungu orang atau orang ikut rentak aku..kalau rasa2 malas nak jogging buat jer lah brisk walking 4-5 rond. Tapi memula mesti ader warm-up dalam 15-20 minit, buatlah skipping dalam 100 kali baru start jogging. Then untuk "warm down" guna jer exercise equiptment yang ada kat taman nih.Kurang2 ada lah sejam or sejam setengah melepak kat sini, lepas berpeluh dan membakar lemak..tibalah acara untuk breakfast plak..my usual haunt kat Kopitiam Pak Tam belakang Columbia Hospital tuh.. So sesaper kat Seremban 2 yang duk beriadah pepagi minggu kat Tasik tuh intai2 lah kalau kita leh bersua plak ka..

Inilah CityPark S2, cuba tengok berapa banyak amaran kat situ...so jangan lah buat sesuka hati yer..
Gambar empunya diri setelah penat berjogging..
Kat taman tasik nih ada disediakan wakat untuk berehat2, mengambil angin, dating, dan sebagainya (tapi bukan dewan serbaguna tau)
.JPG)
Nih adalah antara dari 4 "exercise station" yang ada kat sini sebagai kemudahan awam. Bagus kan
.JPG)
.JPG)
Yang nih jogging track yangmengelilingi tasik tuh, very clean and well kept too, kalau rasa nak mengelat potong jer tengah2 tasik ikut jambatan kayu tuh
Kat tengah2 tasik tuh ader dua air pancut, rasanyer untuk circulation untuk tasik buatan nih, masa nih hanya pasang satu jer..tinggi woo...
.JPG)
Kat seberang jalan tuh , adalah bagunan mahkamah Seremban, yang bumbung dier bercirikan Minangkabau..(tanduk kerbau), sebelah tuh plak ader IPD Seremban, dan balai Bomba Seremban2
.JPG)
Pokok bunga raya cam nih banyak ditanam kat keliling tasik nih, tapi kaler merah jer..
Pokok aper aku pun tak tahu..pokok dier pun tinggi jugak dan bunga tuh berbau wangi bila kembang. Sesape yang tahu sila tinggal komen. Ker nih species bunga tanjung yer?
No comments:
Post a Comment