Monday, November 16, 2009

Senja Nan Indah


Satu senja yang indah... ambil gambar nih dari rooftop parking kat Jusco, S2.. sesungguh nyer keindahan ciptaan Tuhan tiada cacat cela nyer.. tapi manusia jarang berhenti sejenak dan mentafsirkan di sebalik semua keindahan didunia ini...

Friday, November 13, 2009

Blog Ku Bersarang



Berkurun lama rasa tak posting kat blog yang nih to be exact, last posting ialah pada 18 August 2009..campur2 semua hari ialah 85 hari..... wahhhhhh.. dekat nak 3bulan..cam cuti orang bersalin gamak nyer.. rumah ku dah penuh bersarang labah2...(harap2 bukan tarantula eks)

Apa-apa pun.. diharap lepas nih akan ada sedikit masa yang dapat diperuntukan untuk mengemaskan kini blog rasa hati ku ini.... maklumlah payah nak mengemas kalau rumah sampai dua nih..mau kena ambik bibik ler plak... rumah pertama (food blog ) tuh... pun ader posting 4-5 sekali jer... kalau ader kelapangan walaupun banyak experimen memasak yang telah dilakukan...


Ntah aper lah yang sesak waktu sangat sekarang nihkan.. nak kena buat kajian jugak nih...

Kepada yang telah lama menanti..mari kita bersua mesra kembali... welcome again


p/s: rindu sama gue enggak?

Tuesday, August 18, 2009

Rojak Mamak


Hari nih pagi on the way nak pergi keje , aku menumpang opis mate aku sebab husband dier masuk shift petang nih (nih kes keje samer tempat ler ), on teh way ke ofis lalu kat kedai mamak kat Nilai Old Town tepi masjid tuh ( tempat biasa port aku breakfast). KIta mula2 berkira nak makan mee goreng ari nih... (konon2 nanti dah heavy breakfast tak yah nak lunch plak), sampai jer tengok kakak yang goreng mie tuh baru menyiapkan barang2 jualan..alamak sedikit frust jugak..
Sebaba nak tunggu lambat dan aku masuk keje 8.30..makan jer roti canai dan teh 'o;' suam. Tak boleh jadik aku pikir2 tapau plak rojak mee dier... Rojak mee sini sedap sebab kuah dier tuh ader pedas2 dan manis2 just the way i like it..tapi takat makan sesekali ok ler..kalau selalu pikir berkali2 ..sepinggan now going for RM3.50 ( ader sayur2, tauhu, kuih udang dan sebiji telur). Sajer nak melepas kepingin nih.. Alhamdullilah baru jer lepas makan nih....heheh. Kalau korang datang singgah kat kedai nihh every Tuesday dan Thurday ader nasi beriani jugak tau..
P/S : kes aku takder idea bernas nak diblogkan ari nih.

Saturday, August 15, 2009

KaMeRa RoSaK

kesedihan sebab digital kamera ku rosak..uuuwaaaaaaaaaaaaa.. masa staff aku pakai kat opis tiba2 jer jammed lense tak boleh retract dan no power supply.... oh no! habislah projek2 mengambil gambar makanan2 untuk foodblog aku cam nih...
Walaupun harga tak seberape (erkss ader ler RM500 lebih gak masa beli 2 tahun lepas), byk berjasa nih dan senang aku nak bawak ke hulu hilir- OLympus FE-270 nih. Sebab kamera kat opis rosak dan setiap shipment aku kena ambik gambar aku selalu lah bagi budak aku guna kamera nih.. tapi malang nyer tetiba dier jatuh sakit lak... aku kalau barang2 rosak amat lah sedih..sebab selalu aku guna barang sampai tak leh guna baru ganti baru... bila kamera aku rosak..baru lah terhegeh kat opis nih nak beli kamera baruu..menyampah ..nyerrrrrrrrrrr..grrrrr..
Dan Olmpus aku bagi kat teman sepejabat hantar kat Kajang, mintak dier survey dulu berape harga untuk repair, kalau sampai dua -tiga ratus aku ingat biar jer lah...ader rezeki nanti aku carik baru. Kalau repair amount still dalam budget akan diusahakan jugak.
Sementara tu,. aku nak carik /pinjam kamera untuk keje 2 membaking weekend nih..ader sesaper nak offer kamera tak untuk sementara waktu rasa nyer..hehehe

p/s:budget budget budget...budget raya lagi..erkss garu pala jap

Friday, August 14, 2009

Saya Tengok Wayang -"The Proposal"




Lama tak tengok wayang, selalu nyer tengok wayang yang biler ader action movies..tapi kebelakangan nih timing selalu lari..bila nak pergi tengok jer dah habis atau masa tak sesuai..sampai kan TRANSFORMER pun tak kesampaian nak tengok.


Masa aku bercuti Jumaat lalu, make it a point nak pergi layan wayang jugak kat Alamanada, tengok show tengahari tak ramai orang pun. Its a toss between G.I JOE dan The Proposal.. orang kata tengok citer romantik nak ader bawak teman/ partner..aku cakap as long as I enjoy the movie ..tak kira lah sorang pun jadik ( well, most of the time I do watch alone pun).


I pick..The Proposal.. a romantic comedy starring Sandra Bullock and Ryan Reynolds.. You can always bet on Sandra when it comes to romantic comedy, she's a a believable and funny.... I still remember her as the girl in Speed with Keenu Reeve (so..cute..masa itu).
Anyway, back to the movie, it has been eons since I last watched a romantic movie and thank god , I made the right choice. This movie is no rocket since, no complicated plot..some might says using some cliches scene, but nevertheless is entertaining, there are scene where you can help but to laugh out loud. The scene where Sandra's character entered the office and the staff announce her arrival via IM " It is here".It started out as the evil boss and her really cute suffering executive assistant. Due to unforseen circumstances ( i.e the boss is a canadian which her visa is about to expiry and to be deported back), they sort of agreed to a make believe engagement /wedding for her to extend her stay and get a Green card.
I love the scenes where they supposedly flew to Sitska,Alaska ( in really it was shot in Massachusset, US). The scenery were really great inspiration to fall in love..( ahha .aww i am a romantic person ok )... the grammy was hillarious,,sort of cuddly, michevious and scheming all thrown into one white haired old lady. Though the ending did not end at the altar, but the end credit where they shown the green card interview was really great..so if you are thinking of watching..please dont miss the scenes during the ending credits!
p/s: pesal bila aku buat review jer tukar bahasa eks..tak pandai nak buat review citer English dalam BM nih.. :)

Thursday, August 13, 2009

Kerana Gula itu..

Kerana gula itu..beberape hari nih masa lunch dan selepas keje aku akan kesana kemari berkunjung ke kedai2, mini-mini market untuk mencari gula. Kenapa aku carik gula banyak2? Sebab mak aku berniaga kuih di pasar tani setiap hari sabtu, so kuih2 melayu kebanyakkan nyer banyak menggunakan gula terutama kuih bakar ( my mother speciality ).


Kebanyakkan kedai aku pergi hanya bagi beli 2 paket sahaja ( 2 kg /per customer), sekali buat kuih untuk jualan mau pakai 3-4 kilo, tuh belun kira untuk kuih2 lain. Pergi ke Giant di bandar baru pun semalam petang stock gula tak ader.


Aku masih ingat perkara yang sama juga berlaku masa nak puasa/raya tahun lepas. tak logik gamaknyer untuk pengilang gula tiba2 lower down volume bila nak musim peraayan kan. Mostly the culprit will be the warehouses atau supplier yang menyimpam stock gula dengan kuantiti yang banyak dengan harapan bila demand makin tinggi dari customer dan komoditi itu susah untuk didapati, mereka boleh menaikkan harga komoditi tersebut.Apalah punya mentaliti..untuk untung dengan cepat? Yang susah pengguna lah..terutama peniaga.. when this happened... at the end of the day akan effect harga2 barang yang lain...


Dan , aku tak ader pulak baca kekurangan gula kat Indonesia ker, Brunei ker..walhal penduduk sana juga akan menyambut ramadan dan Syawal kan... so salah siapakah dalam situasi ini...


Yang amat nyata sekarang..sungguh menyusahkan rutin aku kena carik gula hari2 tau.. lepas nih buat kuih pakai gula-gula jer lah....


p/s: sebab gula susah nak dapat aku stop main2 baking dulu gamak nyer...

Wednesday, August 12, 2009

Hati ku Terguris...


Kadang-kala berlaku perkara-perkara yang diluar jangkaan yang mana pada waktu itu, kerana untuk menjaga airmuka atau mengelakkan assumption yang bukan-bukan, kita terpaksa berlakon.

Itu lah yang berlaku pada aku semalam..dan sebenarnya walaupun aku cuba memahami tindakan yang berlaku waktu itu..at the end of the day hati aku tetap terguris. Seorang teman meninggalkan kan pesan di Facebook "Na, you've made your bed, you have to lie in it"....


P/S: bukan mudah untuk memujuk hati ku sendiri..

Tuesday, August 11, 2009

Orang terbang..Fuiyooo

Korang pernah dengar ayat " Flying without wings.." kan.. haha > Baru-baru nih aku menyaksikan aksi sebegini..cuba tgk gambar2 kat bawah nih yer.. caya tak?

I am flying thru the air..hahahahahaahh..jgn tertipu ini semua aksi semasa ujian kenaikkan bengkung untuk pelatih2 PSSGM kat FRIm baru2 nih. Untuk pelatih lelaki, lompatan bermula dengan 5 orang anak kambing, dan semasa ujian ini dibuat salah sorang dari mereka telah berjaya untuk melepasi 11 orang anak kambing.. jeles aku tengok badan melayang cam ringan jer tuh kan..untuk perempuan yang paling ramai pun klepas 5 orang jer..kira standard aku dulu2 jugak ler ( erks..berbelas tahun yang lepas pun )ehheeh bila baba landing atau mendarat tuh ader slack sket ehhe.. tapi mostly lawa jer bila guling lepas meoompat dan bangun bertapak..Tuh Cikgu Fadhil tengah susun anak2 kambing supaya tak tergolek kalau kenkawan tersilap landing atas dia orang plak kan..tapi takper semua geng2 macho nih rasa nyer...Nih plak salah satu dari ujian tersebut..melakukan asas gerakan... yang nampak kecik tuh.. Grader dier Cikgu Amir ...

P/S : teringat aku di zaman kegemilangan bersilat mudo-mudo dulu..hmmmmm..seronok kan...

Monday, August 10, 2009

Cerita di Station Minyak

Semalam aku memandu pulang dari KL singgah untuk mengisi minyak di sebuah petrol station . Berhenti jer kereta aku nampak sebuah MPV hitam di hadapan dan.....

seorang budak lelaki (aku rasa umur dalam 12 tahun begitu) sedang mengisi kan minyak ke tank kereta. Tak nampak pun orang dewasa atau ibu bapa sedang mengawasi perlakuan itu..Aku intai2 jugak dalam kereta tak nampak pemandu atau penumpang. Aku rasa mungkin mereka berada di dalam kedai serbaneka ketika itu.

Just giving my two cents worth of opinions, perkara sebegini tidak patut berlaku. Cuba bayangkan kemungkinan2 yang boleh berlaku. Patutkah kerja sebegini dipertanggungjawabkan ke atas seoarng budak, yang sememang nyer belum tahu tatacara yang betul untuk mengisi minyak atau aspek2 keselamatan semasa mengisi minyak. Most propbably aper yang diketahuinyer cuma yang diajar oleh ibu bapa. aper akan jadi jika minyak tiba2 tertumpah diatas kereta atau jalan, dan berlaku kebakaran. Mungkin kah masa itu ibubapa/penjaga akan sedar akan kebodohan tindakan mereka. hmmmmmm.... mungkin ingin mengajar anak untuk menolong atau berdikari..tapi cara dan perlakuan yang salah tempatnyer. Aku cukup terganggu dengan perlakuan ini, dan terpanggil untuk membuat commentary disini. Apa pulak pendapat readers?

p/s: sayangkan anak tangan-tangan kan dulu..

Friday, August 7, 2009

Out of Office on Friday


To whomever sending emails to my office mail, will get the above reply promptly. I am on leave and will be back on Monday 10 August respectively. The reason, that i took my oh so precious annual leave.... i feel like chilling out... like going lepak at mamak place sambil layan free wifi, jalan2 cuci mata kat shopping kompleks and malam nih I need to prepare some food for tomoorow event... Best nyer sesekali chill out begini while other people are working..long weekend baby!

p/s: image from google image yo..... best eks lepak cam ferret nih...

Thursday, August 6, 2009

England sebuah Bandar?

Aper pendapat korang bila tetiba seoarng penjawat jawatan awam berkata sedemikian. Aku..hahaha jangan cakap lah..at that point aku dah rasa frustration giler cam perempuan nih..nak geget2 jer..

Selama aku dah buat Permohonan untuk Form A, untuk pelanggan di England, memang dah guna England kat Borang tuh, tetiba hari nih..dia orang boleh bulat kan perkataan tuh dan kata tak boleh guna , type United Kingdom plak...wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..aku hangen... lerr tahap dinosour..

Bukan kali pertama atau kedua aku buat dan borang nih dah diluluskan dengan menggunakan "ENGLAND", tetiba kata..kita orang overlook sbebenarnya tak boleh..dan boleh alasan nyer..England tuh bandar cik..

Kenkadang aku rasa penjawat2 awam nih terutama yang berkerja di Front Kaunter tuh kena pergi kursus lah..supaya jawapan yang diberi..lebih bernas dan logik...

Penant aku kena pergi ke KL than ke Seremban dan kembali ke ofis semata sebab England adalah sebuah bandar.... stress stress aku dan polisi gini gmak nyer..


p/s: banyak sungguh yang berkecamuk dalam ekpala sampai aku tersasul memandu ambik jalan nak balik rumah plak tadi..

Monday, August 3, 2009

Hari Bersukaneka

Jumaat yang lepas , ada acara sukaneka..dianjurkan oleh syarikat sempena "Zero defect" achievement bulan lepas. Selalu buat boling jer kali nih tukar plak..ok lah something different tak bosan sangat. Guna event management kat Nilai Spring Resort, Nilai. Best tempat besar , tak ramai orang dan view of the golf course is fabulous too..tapi buat tengahari panas terik yang amat..plak.. kalah memang tak kisah ,asalkan semua enjoy..walaupun aku tak puas hati sebab dia orang main tipu ahaks... jum layan gambar lahhh..

The plane , the plane.... cam gayat jer kita orang...tukar asyik posing pandang kamera jer...
time untuk high-tea..lapar woo..setelah setengah hari berjemuran di padang tuh...

kumpulan aku ler nih..dapat no 3 dari 4 group haha..... tak kisah arr..janji seronok.... hamper yang amat comel kan..



anatara jejaka2 idaman hati (uhuks) masa suka neka nih...



buai laju-laju,,,dan laju dan laju... seronok eks..bapak2 orang sesekali naik buai...

acara kesukaan ramai..break dancing with a rope..silap2 gaya leh tersangkut...


kalau belon nih jatuh ..basah woooo..sambut baik-baik yer...


pesal lah dia orang bagi bola nih kecik sangat ha.... bagi lah bola sepak ker bola takraw ker....


nih acara three-some... iaitu sangkar dan burung.. teriak api, gempur dan tsunami....

acara lari kaki tiga..partner kena sepadan nih..tinggi rendah kang tak balance woo....

antara pesertta yang terkeluar awal masa game ice-breaking..panas terik maklum lr kul 3.00 ptg...berteduh di celah2 pokok bunga pun jadik

macam main polis sentri jer.....



a rose among the thorn, pink amidst the orange....

antara women dalam kilang nih..memang boleh kira ngan jari jer..a rare commodity indeed hahaha ( masuk bakul angkat sendiri nih)



p/s : dia orang dengki kat aku, tuh sebab tak nak buat boling event dah..asyik aku jer menang ahaks...

Friday, July 31, 2009

Kejutan, Kerana Baju

kat tempat keje aku nih.... kalau keje bahagian production biasa nyer kita orang diberikan t-shirt kolar dan untuk level exec. ke atas 2 pasang blouse dan seluar. memandang aku nih jenis tak rajin nak menggosok, so tiap hari pakai jer lah t-shirt tuh ngan slack hitam ( no-jeans yer). % hari tuh ader t-shirt masing2, merah, hijau, oren .., biru dan bagi aku aper2 t-shirt kolar yang ader lambang company. Aalah-lebih kurang cam dalam gambar nih..

Satu hari aku kebetulan, ader nak pergi melawat lepas keje so pakai lah baju yang lain sikit, blaus merah jambu ala2 begini pulak....... tapi yang lengan panjang.Aku masuk jer opis.. dah hampir semua orang kecoh haha.. macam ler special sangat aku berbaju pink hari itu.. nak gelak pun ader.. macam alh aku buat satu kejutan yang besar sangat , tu ler agak nyer kalau aku berbaju kebaya datang opis..aper plak cerita..mau ambik gambar letak kat notice board kot..hahahha. Masalah nyer..kang berbaju kebaya pas tuh pakai safety boot..kehulu-kehilir kat Production floor tuh aper cerita eks? Kejutan2 begini hanya boleh dibuat once in a blue moon..

P/S: baju kurung dan kebaya dalam almari tuh boleh kira ngan jari berape kali pakai dalam setahun tau...

Thursday, July 30, 2009

Gambar Underwater Guna DigiPac

Dalam entri aku yang lepas aku ader sebutkan pasal DIGIPAC nih, dan telah pun dirasmikan dengan jayanyer masa trip ke tioman bersama keluarga baru-baru nih cuma tak berkesempatan nak uploadkan gambar underwater adventure ku itu...ehhehe still much room to be improved ler gamak nyer..tapi seronok yang amat sebab selama nih pergi ke pulau-pulau ambik gamabr ikan dari atas air skali nih terjun skali kejar ikan2 dalam air, belek2 batu karang, dan yang paling best kejar penyu tuh...tak sabar untuk trip ke pulau lagi dengan DIGIPAC nih..meh layan gamabr2 eks...nih lah gambar ikan 2 kat taman laut tuh, laju sangat dier berenang tak terkejar kamera ku..tapi ikan kat sini sungguh besar2 jugak..bagi makan roti jer..berkerumun yang datang...
Nih antara batuan karang ayang ader kat kawasan depan resort yang kami duduk tug..paya beach..rasa namer nyer staghorn or something like that ( aku lum hafal)

Suka gambar nih....kawasan batu depan resort tapi kena berenang ke tengah sikit..masa nih dah petang jadi cahaya agak kurang..karang2 kat sini cantik..kan ikan kaler2 pun banyak


Cuba korang teka batu ker karang...hahhahaa, karang nih dipanggil BRain Coral... masa nih..laut berombak dan agak keruh..

Gambar yang paling aku suka..berjatya ambik gambar penyu nih walaupun agak kabur..setelah mengejar beberape lama..timbul kat atas air tgk aku dah jauh dari boat..cuak jugak sebab tak pakai life jacket ,...cuma pakai fin dan snorkel..pelan2 layan balik bot..but it was worthwhile..

gambar karang2 dan ikan..tak berape jelas jugakk. boleh di perbaiki..

hahah leh senyum sambil menahan nafas..semata2 nak ader gambar dalam laut hahaa..nampak tak bubble tuh...

ikan kat taman lauk...nih bukan ikan merah ker eks..sedap wat sup nih hahaha...
Adalagi gambar2 yang diambil..tapi nanti2 lah bila senang2 boleh diupload untuk tatapan korang eks...aper lagi jum ler join ke laut...



P/S: bila lah tercapai hasrat aku nak ambik lesen nyelam scuba nih.. meh kumpul duit dulu arr...

Wednesday, July 29, 2009

Boleh ker?

Dalam perjalanan aku pergi keje akan lalu tepi sekolah rendah nih pagi-pagi, usually kalau awal budak2 tenagh beratur kat luar sambil cikgu bagi morning briefing lah...suara cikgu2 tuh sungguh nyaring, kereta aku tutup tingkap pun dapat dengar lagi... bersemangat sungguh tuh.
Satu pagi aku dah agak lambat pergi keje ..lalu kat tepi padang tuh..nampak budak-budak sekolah nih tengah ader pelajaran pendidikan jasmani

Seronok giler nampak dia duk berlari2 dan melompat2 rasa nyer tengah berlatijh untuk sukan sekolah lah kot..padang sekolah nih bebetul tepi jalan jer.. ..dan aku ternampak cikgu nyer yang mengajar sukan tuh dengan pakaian ala ala begini...berbaju kurung lengkap ngan kasut tinggi dan bawak handbag tengah bagi arahan kat budak2 di tengah padang itu. Secara tetiba tiba aku confuse,,sepatut nyer kita kena lead by exmple kan..apakah inh? boleh ker? Mungkin, cikgu nih malas nak bertukar pakaian kerana ader kelas lain selepas ini, tapi pada pendapat aku..memang tak sesuailah kalau nak beriadah dengan keadaan begini. Apa salah ambik sedikit masa untuk bertukar ke track-suit dan t-shirt untuk kelas pendidikan jasmani, baru kenakan...

Seingat aku dulu masa sekolah rendah cikgu PJ aku lelaki kalau masa tuh memang akan tukar pakaian dan turut sama bersanam nagn kita orang... mungkin zaman dah berubah kot... tapi i belive that in what we do every efforts is greatly counted.

p/s : tak berniat untuk memburukan atau mengguris perasaan cuma untuk berkongsi rasa

Tuesday, July 28, 2009

Kerana Pensil dan Pembaris

Hujung minggu adik ku pulang singgah di rumah..jumpa mak ngan ayah sambil2 kait rambuatn nak bawak balik, sampai pun dah lewat pukul 6 lebih, rupa nyer bermalam di rumah mertua di rembau sebelum singgah di kampung. dalam kecoh2 anak2 buah ku bermain kucing2 dan laptop itu, tiba2 si anak yang sulong ditegur oleh ibunyer" abang dah siap keje sekolah ?" Abang nih darjah dua, anak yang sulong dari tiga beradik. " Dier diam seketika. Ibu nyer bertanya lagi dengan nada yang agak tinggi.. "Dah siap ke belum ?" Slow-slow dier geleng kepala , apa lagi ibu naik angin..pergi kereta dan ambik kan beg si abang. Dan si Abang tiba-tiba menangis sakan. Aku tanya kenapa abang menangis, jawab nyer abang nak buat kerja sekolah kat rumah. Jawapan yang sama2 berulang-ulang. Adik ipar ku blood sudah goes upstairs..tarik telinga Abang. Aku bawak masuk bilik..dan cakap aku tolong dier buat kerja sekolah. sambil tersedu-sedu dia cakap..cam mana abanag nak buat aabng luap nak bawak pensil dan pembaris.. LAHHHHHHHHHHHHHH..rupanyer..itu alasan nyer..sampai kata nak buat kat rumah jer..
Aalahai anak buah ku..jadi aku pun carik2 satu rumah jumpalah pensil dan pemadam..(maklum lah rumah aku nih takder budak2 so jarang nak menyimpan barang2 nih, kalau pun tuh berlambak ler). Tak jumpa pembaris, aku carik kad jemputan kahwin yang agak keras buatkan pembaris..... Dan jadi cikgu tuisyen kejap ajar dier buat keje rumah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Siap jer keje..boleh lompat2 main laptop aku lagi..aduhai anak2 buah ku sayang..

P/S:aku sayang anak-anak buah aku yang bermacam2 ragam nih...